Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460734
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMawar Safei, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorTuan Rusmawati Raja Hassan ( P55282 )
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:29Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:29Z-
dc.date.issued2014-08-06
dc.identifier.otherukmvital:81837
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460734-
dc.descriptionKajian ini menumpukan pemerhatian terhadap hubungan dan proses antara teks dalam penghasilan novel Melayu. Hubungan dan proses itu dikaitkan dengan intertekstualiti iaitu fenomena wujudnya teks dalam sebuah teks atau apa yang dinamakan dialog antara teks. Kerangka kajian ini memanfaatkan gagasan oleh Julia Kristeva. Rumus intertekstual tersebut membentangkan hubungan antara hipoteks (cerpen) dengan hiperteks (novel) bagi melihat makna, proses yang diajukan dan kewajaran ia dilakukan pengarang. Kajian ini merujuk kepada kepengarangan S. Othman Kelantan yang memperlihatkan kecenderungan dan ketekalan terhadap karya-karya yang bersifat intertekstual. Empat novelnya yang difokuskan ialah Angin Timur Laut, Juara, Ruang Perjalanan dan Ustaz. Kajian ini menemukan bahawa dalam kerangka intertekstualiti, kepengarangan S. Othman Kelantan memperagakan kesetiaannya terhadap teks awal dalam genre cerpen yang kemudian dikembangkan menjadi novel. Ini berlaku ke atas Angin Timur Laut dan Ustaz yang bersumberkan cerpen daripada judul yang sama. Sementara Ruang Perjalanan dikembangkan daripada cerpen “Aku dan Anakku” dan Juara daripada cerpen “Pahlawan Lembu”. Langgam kepengarangan S. Othman Kelantan menunjukkan sensitivitinya mengadun pengalaman sosial ke dalam Angin Timur Laut. Begitu juga sensitifnya pengarang terhadap cuaca politik semasa; keyakinan dan ideologinya dibancuh sama secara metaforikal dalam Juara. Latar peribadi dan pendidikan Islami yang dianuti S. Othman Kelantan pula sangat mempengaruhi pembikinan Ruang Perjalanan. Begitu juga kerjaya dalam bidang akademik, turut meletakkan ilmu dalam Ustaz. Kajian ini merumuskan intertekstualnya S. Othman Kelantan bukan sahaja secara fizikal dari cerpen ke novel; lebih daripada itu ia merentas persekitaran dan akar tradisi Melayu-Islamnya.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectMalay fiction
dc.subjectHistory and criticism
dc.titleIntertekstualiti dalam novel S.Othman Kelantan
dc.typetheses
dc.format.pages168
dc.identifier.callnoPL5186.O8T833 2014
dc.identifier.barcode001606
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81837+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.