Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460733
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMokhtar Jaafar, Dr.
dc.contributor.authorNor Lita Fadilah Rameli (P61477)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:29Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:29Z-
dc.date.issued2015-05-13
dc.identifier.otherukmvital:81804
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460733-
dc.descriptionPinggir pantai adalah zon interaksi daratan-lautan yang dinamik. Kedinamikan zon ini dicirikan oleh empat faktor iaitu halaju angin, ombak, pergerakan arus dan aras pasang surut. Sehubungan itu, kajian telah dilakukan untuk menentukan kedinamikan pinggir pantai melalui pengesanan perubahan garis pantai di Pantai Kelanang-Morib, Selangor. Imej satelit SPOT-5 bagi tahun 2008 dan 2011 serta peta topografi 1974 digunakan bagi mengesan perubahan garis pantai tersebut melalui operasi tindan-lapis digital menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) serta pengukuran litoral. Analisis yang digunakan ialah meng interpretasi imej, profil pantai dan taburan saiz bahan mendak. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua proses hakisan dan pemendapan berlaku di sepanjang Pantai Kelanang-Morib. Secara purata, panjang perubahan garis pantai bagi profil pantai hakisan adalah 314 m dan 356 m adalah bagi profil pantai pemendapan. Manakala, purata panjang pantai daripada kedudukan gigi air ke berm adalah 65 m di Pantai Kelanang dan 120 m bagi Pantai Morib. Nilai purata halaju angin di Pantai Kelanang adalah 3.6 m/s dan 2.9 m/s di Pantai Morib manakala halaju ombak di Pantai Kelanang pula 36 m/s dan 31 m/s untuk Pantai Morib. Pergerakan arus seret dan tempoh pasang-surut yang panjang adalah antara faktor dinamik pantai yang amat mempengaruhi situasi panjang pantai dan profil pantai semasa. Proses geomorfologi semasa yang berlaku di sepanjang Pantai Kelanang-Morib memerlukan pemantauan berterusan bagi memastikan perubahan garis pantai tidak melebihi kadar keseimbangan pantai. Ini bagi mengelak berlakunya lebihan bahan mendak pantai dan pantai semakin sempit yang akan merosakkan imej pantai ini sebagai pantai rekreasi.,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPerubahan garis pantai
dc.subjectMendak pantai
dc.subjectPinggir pantai
dc.subjectPantai Kelanang-Morib
dc.subjectSelangor
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePerubahan garis pantai di Pantai Kelanang-Morib, Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages140
dc.identifier.barcode002279(2016)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81804+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.