Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460732
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoraziah Ali, Prof. Madya Datin Dr.
dc.contributor.authorSiti Fateha Jusoh (P48738)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:28Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:28Z-
dc.date.issued2015-05-12
dc.identifier.otherukmvital:81803
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460732-
dc.descriptionPembangunan wilayah merupakan salah satu daripada agenda kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara. Ia melibatkan pembangunan fizikal oleh kontraktor sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan yang membawa impak kepada alam sekitar. Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji penglibatan kontraktor bumiputera dalam projek pembinaan di Iskandar Malaysia khususnya di bandar Nusajaya. Objektif utama kajian ialah mengenalpasti profil dan bidang kerja kontraktor yang terlibat, mengkaji cabaran dan faedah projek dan meneliti impak pembangunan fizikal ke atas alam sekitar serta menilai amalan gaya hidup lestari penduduk setempat. Metod kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan survei yang menggunakan instrumen soal selidik. Sebanyak 37 responden telah dipilih dalam kalangan kontraktor dan sebanyak 150 responden dalam kalangan penduduk Iskandar Malaysia yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan kontraktor bumiputera terdiri daripada Kelas F yang terlibat dalam bidang kerja pembinaan dan pembekalan serta memperolehi sekurang-kurangnya satu projek di Iskandar Malaysia. Selain itu kajian ini mendapati kontraktor menghadapi cabaran dalam melaksanakan projek pembinaan ini dan juga aspek alam sekitar. Analisis Anova menunjukkan responden kontraktor tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam menghadapi cabaran dan halangan sama ada sebelum mahupun selepas kemunculan projek di Iskandar Malaysia. Tahap amalan gaya hidup yang diamalkan oleh kumpulan kontraktor adalah lebih tidak lestari berbanding dengan komuniti Iskandar Malaysia. Analisis T-test menunjukkan terdapat perbezaan di antara kumpulan kontraktor dan komuniti orang awam dalam pengamalan gaya hidup lestari. Secara keseluruhannya pembangunan fizikal di Nusajaya telah membantu meningkatkan taraf sosioekonomi kontraktor, namun masih terdapat kekurangan dalam amalan gaya hidup lestari. Justeru, pelbagai strategi dicadangkan untuk membangunkan bandar Nusajaya yang lestari.,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectAlam sekitar
dc.subjectPembangunan fizikal
dc.subjectKontraktor bumiputera
dc.subjectProjek pembinaan
dc.subjectIskandar Malaysia
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan fizikal dan alam sekitar di Iskandar Malaysia: perspektif kontraktor dan penduduk
dc.typetheses
dc.format.pages158
dc.identifier.barcode002278(2016)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81803+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.