Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460730
Title: Kesan pintasan ke atas infiltrasi dan kelembapan tanih di kawasan hutan dipterokap dan ladang kelapa sawit, Tasik Chini, Pahang
Authors: Frankie Marcus Ata (P57221)
Supervisor: Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Prof. Dr.
Keywords: Infiltrasi
Kelembapan tanih
Hutan dipterokap
Ladang kelapa sawit
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
UKM
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Feb-2015
Description: Pintasan adalah sebahagian hujan yang dihalang oleh lapisan kanopi pokok dan permukaan lain. Hutan dipterokap dan kawasan pertanian kelapa sawit merupakan dua lokasi yang mempunyai ciri pintasan, kelembapan tanih dan infiltrasi yang berbeza. Imbangan air tempatan ini telah dilaksanakan di persekitaran Pusat Penyelidikan Tasik Chini selama sepuluh bulan bermula pada bulan April 2011 sehingga Januari 2012. Matlamat kajian ini adalah mengkaji ciri pintasan di dua variasi kanopi pokok dan kesan pintasan ke atas proses infiltrasi serta membangunkan model imbangan air tempatan. Metod yang digunakan melibatkan data primer khususnya pengukuran aliran batang dan jatuhan langsung serta kadar kelembapan tanih bagi kedua-dua lokasi kajian. 104 batang pokok menjadi sampel iaitu 100 batang pokok di kawasan hutan dipterokap dan 4 batang pokok kelapa sawit serta 9 set jatuhan langsung dan 7 stesen alat pengukur kelembapan tanih. Hubungan regriasi digunakan untuk menganalisis kadar infiltrasi dan perhubungan antara pembolehubah pintasan dengan kadar kelembapan tanih dan hujan. Hasil kajian mendapati, 29.7% jumlah pintasan direkodkan dikawasan Plot A, 29.1% di kawasan Plot B dan 41.2% di kawasan kelapa sawit. Purata aliran batang bagi pokok di kawasan hutan sebanyak 8.65mm setiap pokok berbanding 12.7 mm bagi setiap pokok kelapa sawit. Purata bagi jatuhan langsung di kawasan kelapa sawit juga tinggi berbanding kawasan hutan iaitu 0.49 mm dan 0.42 mm. Hasil kajian menunjukkan ciri pintasan bagi kawasan hutan dipterokap dan kawasan kelapa sawit dipengaruhi oleh ciri fisiografi pokok seperti diameter batang pokok dan bentuk dahan pokok. Nilai pekali korelasi bagi hubungan antara jatuhan langsung dengan kadar kelembapan tanih di kawasan kelapa sawit adalah r² = 0.49 berbanding di kawasan hutan sebanyak r²= 0.42, hubungan yang positif bermakna apabila jumlah jatuhan langsung meningkat maka kadar kelembapan tanih juga akan meningkat. Seterusnya, kawasan hutan mencatatkan kadar kelembapan yang tinggi iaitu antara 75 hingga 90 peratus berbanding di kawasan kelapa sawit antara 15 hingga 35 peratus. Oleh itu, kadar infiltrasi meningkat apabila kadar kelembapan tanih semakin tinggi. Aktiviti guna tanah yang tidak terkawal menyebabkan gangguan terhadap imbangan air. Justeru, hutan merupakan medium penting dalam mengawal imbangan air tempatan khususnya di kawasan tadahan Tasik Chini.,Sarjana Falsafah
Pages: 170
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81801+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.