Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460728
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rozmi Ismail, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Zahari Awang Senik @ Ismail (P50773) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:25Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:25Z | - |
dc.date.issued | 2015-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81799 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460728 | - |
dc.description | Pada tahun 2004-2013, lebih 300,000 jumlah kemalangan jalanraya direkodkan di Malaysia. Hampir 60% daripada jumlah tersebut adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menilai sejauhmana program latihan pemanduan motosikal yang diamalkan kini berkesan dalam melatih penunggang motosikal untuk menjadi penunggang yang berhemah di jalan raya. Kajian eksperimen lapangan telah dilakukan ke atas sejumlah 250 orang calon yang memohon Lesen Memandu Motosikal (Kelas B2) di 4 buah Institut Memandu yang dipilih di negeri Selangor. Subjek adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa, jantina dan taraf pendidikan. Satu alat ujian telah dibina yang disesuaikan berdasarkan Model Keberkesanan Latihan Kirkpatrick yang menggunakan 4 tahap penilaian iaitu tahap reaksi, tahap pembelajaran, tahap tingkah laku dan tahap hasil. Rekabentuk eksperimen Pra-Pasca telah dijalankan ke atas subjek sebelum dan selepas menjalani latihan di Institut Memandu. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor di (Bahagian I; dinilai melalui skor ujian Undang-Undang/KPP), (Bahagian II; tahap kemahiran mengendalikan motosikal di litar) dan (Bahagian III; tahap tingkah laku dinilai berdasarkan ujian menunggang di jalan raya) sebelum dan selepas latihan. Ini menunjukkan bahawa program latihan pemanduan motosikal yang dijalankan di Institut Memandu di Malaysia berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan motosikal. Faktor pengalaman menunggang dan umur responden tidak mempengaruhi prestasi dalam kesemua aspek ujian yang dijalankan. Keputusan kajian reaksi responden terhadap perjalanan program latihan dan ujian di Institut Memandu pula menunjukkan majoriti subjek berpuas hati. Implikasi kajian ini menunjukkan walaupun aspek pengetahuan dan skill mengendalikan motosikal adalah sangat baik, tetapi aspek afektif (seperti menghargai pengguna jalan raya lain) masih kurang ditekankan. Oleh yang demikian, latihan pemanduan di Malaysia perlu lebih memfokuskan kepada aspek afektif iaitu pembinaan sikap positif di jalan raya.,Sarjana Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Penunggang motosikal | |
dc.subject | Program latihan | |
dc.subject | Pemanduan motosikal | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penilaian keberkesanan program latihan pemanduan motosikal di Malaysia: satu kajian kes di Selangor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 164 | |
dc.identifier.barcode | 002275(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81799+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 232.03 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.