Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460725
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSivapalan Selvadurai, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorGusniar Nurdin (P61422)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:23Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:23Z-
dc.date.issued2015-08-27
dc.identifier.otherukmvital:81797
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460725-
dc.descriptionKajian ini menganalisis isu tentang pengaruh ciri peribadi, hubungan sosial dan kemahiran teknikal dalam pembentukan tingkah laku inovatif dalam kalangan sebilangan usahawan wanita atas talian di Malaysia. Kaedah temubual separa-berstruktur dilakukan untuk mendapatkan data dari informan. Lapan informan dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan sehingga mencapai titik ketepuan data. Kaedah Thematic Content Analysis digunakan untuk mengenalpasti tema dan hubungan antara tema dengan menggunakan bantuan perisian Nvivo. Hasil kajian mendapati usahawan wanita memiliki ciri-ciri peribadi seperti berani menerima risiko, motivasi, minat, berdikari, kebolehan mencari peluang, kegigihan, kreatif, serta mempunyai hubungan sosial yang rapat dengan keluarga dan rakan. Ada wanita mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang grafik dan sosial media. Tiga bentuk tingkah laku inovatif yang dikemukakan oleh Schumpeter ditemui iaitudan ia adalah, i) pengenalan kepada produk baru yang dilakukan melalui pengubahsuaian produk dan merekabentuk produk, ii) pembukaan pasaran baru yang dilakukan melalui penggunaan media sosial, dan iii) pelaksanaan cara baru menjalin hubungan baru dan cara berkomunikasi dengan pembeli, ejen, pembekal dan pesaing. Pemacu utama bagi usahawan bertingkah laku inovatif adalah ciri peribadi berupa kreativiti dan minat, hubungan sosial dengan keluarga dan rakan, serta kemahiran teknikal dalam merekabentuk grafik dan penggunaan media sosial. Oleh itu, kajian ini menyokong idea oleh Schumpeter, McClelland dan teori jaringan sosial. Kajian ini juga mendapati tingkahlaku inovatif dapat menambah keupayaan untuk membentuk hubungan sosial baru dan menambahbaik kemahiran teknikal yang sedia ada dan baru untuk pembangunan dan pengekalan keusahawanan mereka. Implikasi kajian ini memberi gambaran pada pihak kerajaan bahawa penglibatan usahawan wanita dari segi tingkah laku inovatif dalam bidang keusahawanan atas talian memberi kesan positif pada pembangunan keusahawanan khususnya dalam kalangan wanita.,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectTingkah laku inovatif
dc.subjectUsahawan wanita
dc.subjectAtas talian
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTingkah laku inovatif dan keusahawanan wanita atas talian di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages125
dc.identifier.barcode002272(2016)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81797+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.