Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460724
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Faridah Ibrahim, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Nurbayu Mohd Yusoff (P60556) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:22Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:22Z | - |
dc.date.issued | 2015-06 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81796 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460724 | - |
dc.description | Logo berfungsi sebagai alat komunikatif dalam menyampaikan nilai-nilai tertentu yang berkepentingan umum kepada masyarakat. Maka, penggunaan elemen logo yang bersifat komunikatif sebenarnya berupaya menunjukkan kemampuan dan keberkesanan sesuatu logo itu untuk menyampaikan mesej atau ideologi utamanya melalui penghayatan bersemiotik yang tepat dan bersepadu. Dalam hal ini, penggunaan logo dalam konteks sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31hb. Ogos setiap tahun mewajarkan sebuah penelitian wacana dan semiotik yang kritis kerana logo beserta slogan bertanggunjgawab mengkonstruksikan makna wacana kemerdekaan yang merentas perbezaan ideologi, daerah, etnik, agama dan budaya di kalangan rakyat negara ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji fungsi, impak serta implikasi berkomunikatif logo Hari Kemerdekaan Malaysia dari tahun 2009 hingga 2012 yang terwacana dalam kehidupan seharian masyarakat negara ini. Bagi tujuan itu, kajian ini menggunakan pendekatan semiotik sosial yang menggabungkan kerangka wacana kritis Fairelough (1995) dan kaedah analisis kritis wacana media Kress-van Leeuwen (1996) untuk menganalisis logo. Teknik perbincangan kumpulan fokus dan temu bual mendalam pula dilakukan untuk pengumpulan data informan. Dapatan kajian terbahagi kepada dua bahagian, iaitu, hasil analisis semiotik dan hasil analisis tematik. Dapatan analisis semiotik mencadangkan bahawa fungsi dan kesignifikanan makna representasional, makna interaktif dan makna komposional logo-logo Hari Kemerdekaan (2009-2012) banyak bergantung kepada penggunaan elemen-elemen generik dan komunikatif, bukannya elemen-elemen kreatif dalam menentukan agenda dan wacana kenegaraan yang diidamkan oleh pemerintah. Dapatan analisis tematik daripada perbincangan kumpulan fokus mendapati bahawa masyarakat telahpun mengiktiraf penggunaan angka ikonik 'l' yang terdapat pada produk berjenama 1Malaysia, serta aspirasi ideologi yang dikonstruksikan ke dalam konsep logo-logo Hari Kemerdekaan (2009-2012). Dapatan analisis temubual mendalam mendapati bahawa pendekatan logosentrik berasaskan logo dan slogan Hari Kemerdekaan (2009-2012) oleh pemerintah dilihat berjaya menyedarkan dan meningkatkan sentimen perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Bagaimanapun, kritikan penolakan terhdap rekabentuk logo dan slogan Hari Kemerdekaan 2012 menunjukkkan masyarakat kelas menengah berada dalam lingkungan kecelikan semiotik sosial yang kritis. Kesimpulannya, penggunaan logo yang berulang-ulang semiotikannya mampu menghasilkan hubungan kekuasaan yang ikonik sifatnya. Kehadiran unsur generik yang komunikatif menjadi penting demi kelangsungan sesuatu ideologi supaya ia lebih mudah diiingati dan difahami oleh rakyat dalam menghayati sambutan Hari Kemerdekaan.,Sarjana Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Komunikasi logo | |
dc.subject | Hari kemerdekaan | |
dc.subject | Semiotik sosial | |
dc.subject | Komunikatif | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Implikasi komunikasi logo hari kemerdekaan: sebuah perspektif semiotik sosial | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 167 | |
dc.identifier.barcode | 002271(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81796+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 903.7 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.