Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460719
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaini Sakawi, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNoor Khafazilah Abdullah (P76510)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:19Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:19Z-
dc.date.issued2015-01-08
dc.identifier.otherukmvital:81791
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460719-
dc.descriptionSisa buangan pepejal yang dijana daripada pelbagai sumber seperti aktiviti penempatan dan perniagaan memerlukan pengurusan yang baik untuk menjamin kesihatan dan kelestarian alam sekitar termasuk kepelbagaian biologinya. Pengusaha premis dan para pelancong merupakan penyumbang utama dalam penjanaan sisa buangan pepejal melalui aktiviti perniagaan dan rekreasi di kawasan kepulauan. Kajian ini bertujuan untuk mengklasifikasi sisa buangan pepejal di kawasan penginapan dan komersial di pulau Langkawi, dan juga menilai tahap pemahaman dan kesedaran pemilik premis dan pelancong mengenai pengurusan sisa buangan pepejal. Seterusnya, kajian ini menganalisis proses pentadbiran dan pengurusan sisa buangan pepejal oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta yang berkaitan untuk mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan bagi pengurusan sisa pepejal yang lebih lestari. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan persampelan secara purposif terhadap 148 orang responden yang terdiri daripada 50 orang pelancong, 35 orang pengusaha premis di Pantai Cenang dan 63 orang pengusaha premis di Pusat Perniagaan Pekan Kuah dan Pekan Rabu, Langkawi. Hasil kajian menunjukkan komponen sisa yang paling banyak dijana oleh premis ialah kertas (78.6%) manakala sisa makanan paling banyak dijana oleh pelancong (74%). Para pelancong mengamalkan kaedah pengurusan sisa buangan yang efektif seperti membuang sampah ke dalam tong sampah (100%), mengitar semula sisa (48%) dan mengurangkan penjanaan sisa di peringkat sumber (20%) sepanjang tempoh lawatan mereka berbanding pihak pengusaha premis. Sisa pepejal di Pulau Langkawi diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Syarikat Konsesi E-Idaman dilantik bagi melaksanakan sistem pengurusan sisa buangan di pulau tersebut. Penentuan tahap penjanaan sisa buangan oleh pihak premis dan pelancong dapat membantu mengatasi masalah peningkatan sisa buangan pepejal di Langkawi. Selain itu, kerjasama rapat antara pihak berkepentingan perlu dipertingkatkan di samping pelbagai kempen kesedaran tentang kepentingan pengurusan sisa buangan yang efektif dijalankan secara berterusan bagi memastikan sisa buangan di Pulau Langkawi dapat diuruskan dengan lebih berkesan dan lestari.,Sarjana Pengurusan Persekitaran
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectSisa buangan pepejal
dc.subjectSektor komersial
dc.subjectSektor pelancongan
dc.subjectPulau Langkawi
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengurusan sisa buangan pepejal dalam sektor komersial dan rekreasi di Pulau Langkawi
dc.typetheses
dc.format.pages138
dc.identifier.barcode002266(2016)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81791+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.