Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460718
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Chandralekah S.Velu (P55269) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:19Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:19Z | - |
dc.date.issued | 2015-11-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81789 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460718 | - |
dc.description | Ingatan merupakan satu komponen dinamik yang membantu dalam menjelaskan kefungsian otak dan tingkah laku manusia. Kajian ini bertujuan untuk menguji ingatan mengikut tempoh penagihan singkat dan lama dalam kalangan penagih dadah heroin berdasarkan hipokampus-prefrontal. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat perbezaan dalam tingkah laku eksekutif, kawalan, pembuatan keputusan dan tingkah laku relaps berdasarkan kepada tempoh penagihan. Dua jenis eksperimen telah dijalankan menggunakan Rekabentuk Campuran (between group dan within group) melibatkan tiga jenis kumpulan subjek iaitu kumpulan perbandingan normal, kumpulan tempoh penagihan singkat dan kumpulan tempoh penagihan lama. Eksperimen pertama melibatkan seramai 60 orang. Setiap kumpulan diwakili seramai 20 orang yang dipilih secara rawak untuk setiap kumpulan. Mereka diuji dengan ujian ingatan bekerja N-Back. Eksperimen kedua yang dijalankan secara selari melibatkan seramai 45 orang. Setiap kumpulan mengandungi 15 orang yang dipilih secara rawak daripada eksperimen pertama. Mereka diuji dengan ujian ingatan bekerja N-Back (tingkah laku) dan pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI). Data daripada kedua-dua eksperimen ini dianalisis menggunakan program SPSS, Perisian Pemetaan Statistik Berparameter (SPM8) dan MATLAB (r2008a). Pengujian hipotesis dilakukan menggunakan ujian ANOVA untuk rekabentuk campuran (repeated measure), ujian Post-Hoc, analisis Kesan Rawak Kumpulan (RFX) dan analisis Region Of Interests (ROIs). Hasil kajian menunjukkan wujud perbezaan signifikan ingatan bekerja berdasarkan kepada tempoh penagihan mengikut tahap ujian ingatan bekerja N-Back, wujud perbezaan signifikan antara tahap kesukaran ujian ingatan bekerja dengan tempoh penagihan heroin. Kajian ini juga menunjukkan wujud perbezaan dalam tingkah laku eksekutif, kawalan, pembuatan keputusan serta tingkah laku relaps berdasarkan kepada tempoh penagihan heroin.,Sarjana Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Penagihan heroin | |
dc.subject | Tingkah laku | |
dc.subject | Ujian ingatan | |
dc.subject | Hipokampus-prefrontal | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kesan tempoh penagihan heroin terhadap ingatan dan implikasinya terhadap tingkah laku berdasarkan kepada litaran hipokampus-prefrontal menggunakan fmri | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 401 | |
dc.identifier.barcode | 002264(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81789+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 568.2 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.