Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460716
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mokhtar Jaafar, Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Zulfahmie Mohamat Zawawi (P61476) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:17Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:17Z | - |
dc.date.issued | 2015-09-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81787 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460716 | - |
dc.description | Stok karbon merupakan kuantiti karbon yang tersimpan dalam semua biomas hidup, bahan organik mati dan bahan organik tanah. Dalam konteks biomas hidup, tumbuhan adalah penyimpan utama stok karbon global. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis kepekatan stok karbon daripada guna tanah pertanian dan membincangkan sumbangan sektor pertanian terhadap keseimbangan karbon dalam persekitaran. Tiga kaedah utama digunakan dalam kajian ini. Pertama, pemetaan guna tanah menggunakan imej satelit Landsat 4 TM (1989) dan SPOT 5 (2011). Kedua, menganggar kepadatan guna tanah pertanian menggunakan normalized difference vegetation index (NDVI) menggunakan Landsat 4 TM (1989) dan Landsat 5 TM (2011). Ketiga, adalah untuk menganalisis kepekatan stok karbon menggunakan nilai above ground biomass (AGB) menggunakan inventori data dan rumus allometrik. Hasil kajian menunjukkan guna tanah kelapa sawit di Negeri Selangor adalah dominan dan meningkat sebanyak 70.8 peratus dari tahun 1989 hingga 2011. Diikuti oleh guna tanah getah, kelapa dan padi; masingmasing mewakili 9.4, 3.8 dan 1.9 peratus daripada keluasan guna tanah pertanian di Negeri Selangor. Namun begitu, nilai tertinggi AGB terhasil daripada guna tanah getah iaitu 10.1 juta tan metrik. Manakala guna tanah kelapa sawit, kelapa dan padi menghasilkan nilai AGB, masing-masing sebanyak 4.33, 4.29 dan 0.2 juta tan metrik. Jumlah AGB daripada kesemua guna tanah pertanian yang dikaji adalah sebanyak 18.83 juta tan metrik. Stok karbon tertinggi terhasil daripada guna tanah getah, berjumlah 5.0 juta tan metrik. Ini diikuti oleh guna tanah kelapa sawit, kelapa dan padi, masing-masing menghasilkan sebanyak 2.17, 2.15 dan 0.1 juta tan metrik. Secara keseluruhan, stok karbon pertanian di Negeri Selangor menghasilkan 9.42 juta tan metrik. Jumlah stok karbon yang terhasil daripada guna tanah pertanian boleh menjadi penebat kepada pelepasan karbon di Negeri Selangor. Sehubungan itu, tanah pertanian harus diperluaskan sebagai alternatif stok karbon akibat kemusnahan hutan di Negeri Selangor.,Sarjana Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Stok karbon | |
dc.subject | Guna tanah pertanian | |
dc.subject | Biomas hidup | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Analisis spatial dan temporal perubahan guna tanah dan stok karbon pertanian di negeri Selangor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 220 | |
dc.identifier.barcode | 002262(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81787+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.