Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460714
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mokhtar Jaafar, Dr. | |
dc.contributor.author | Hafizi Mat Salleh (P57117) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:16Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:16Z | - |
dc.date.issued | 2015-06-18 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81786 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460714 | - |
dc.description | Hakisan tanih dan masalah sedimen merupakan antara isu alam sekitar yang serius di Universiti Kebangsaan Malaysia . Petunjuk kepada perkara ini dapat dikaitkan dengan kekeruhan aliran Alur Ilmu. Salah satu penyebab kepada kedua-dua masalah tersebut adalah perubahan guna tanah yang berlaku di bahagian hulu Alur Ilmu. Sehubungan itu, kajian ini memberi fokus kepada proses hakisan tanih yang berlaku di bahagian tersebut dan sumbangannya kepada masalah sedimen di Alur Ilmu. Pengumpulan data melibatkan tiga komponen. Pertama adalah menguji kebolehgunaan radionuklid berilium-7 sebagai penyurih hakisan tanih. Hasil kajian mendapati konsentrasi berilium-7 dalam air hujan adalah sederhana iaitu antara 0.65 hingga 1.09 Bq l-1. Kedua adalah menganggar kadar hakisan tanih di bahagian hulu Alur Ilmu. Hasil kajian menunjukkan jumlah hakisan tanih bagi kedua-dua hakisan kasar dan kadar hakisan bersih adalah tinggi iaitu masing-masing mewakili 61.6 dan 42.1 t ha-1 dengan nisbah penghasilan sedimen adalah 68.3 peratus. Ketiga adalah menganggar kadar konsentrasi sedimen terampai dalam Alur Ilmu. Hasil kajian mendapati kadar purata konsentrasinya adalah 101.85 mg l-1. Walau bagaimanapun, hubungan antara konsentrasi sedimen terampai dan kadar kekeruhan adalah sederhana (r2 = 0.672). Purata muatan sedimen dan hasilan sedimen pula adalah masing-masing sebanyak 146.35 dan 116.08 t km-2. Ini jelas menunjukkan proses hakisan tanih yang berlaku dalam Lembangan Alur Ilmu amat menyumbang kepada hasilan sedimen dalam aliran Alur Ilmu. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan (i) kebolehgunaan radionuklid berilium-7 sebagai penyurih hakisan tanih jangka pendek, dan (ii) kadar hakisan tanih adalah tinggi maka turut menyumbang kepada konsentrasi sedimen terampai yang tinggi juga dalam Alur Ilmu. Sehubungan itu, adalah perlu langkah kawalan diberi perhatian dengan memastikan kawasan sumber kepada kemasukan sedimen dalam aliran Alur Ilmu dipulihara terutama melalui penanaman tanaman litupan bumi serta pemantauan secara berterusan. Kedua-dua usaha ini mungkin pada akhirnya dapat meningkatkan semula tahap kualiti air Alur Ilmu.,Sarjana Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hakisan tanih | |
dc.subject | Masalah sedimen | |
dc.subject | Lembangan Alur Ilmu | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia | |
dc.subject | Perubahan guna tanah | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Hakisan tanih dan masalah sedimen di Lembangan Alur Ilmu, UKM | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 133 | |
dc.identifier.barcode | 002261(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81786+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.87 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.