Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460711
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sharifah Mastura Syed Abdullah, Prof. Dato' Dr. | |
dc.contributor.author | Shahrul Azman Bakar (P64381) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:14Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:14Z | - |
dc.date.issued | 2015-09-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81783 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460711 | - |
dc.description | Perubahan iklim dan pemanasan global kini dilihat dan diramal semakin meningkat. Salah satu faktor yang menyumbang kepada fenomena ini adalah degradasi hutan. Degradasi hutan memberi kesan terhadap peranan semulajadi yang dimainkan oleh hutan sebagai tempat simpanan stok karbon utama dunia. Justeru tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis sejauh mana kehilangan stok karbon yang berlaku melalui proses degradasi di hutan Negeri Selangor dalam tempoh 22 tahun dan faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor antropogenik. Menggunakan kaedah remote sensing, stok karbon dianggar bagi tiga jenis hutan, iaitu hutan darat, hutan paya bakau dan hutan paya gambut. Matrik perubahan guna tanah diperoleh melalui pengkelasan imej menggunakan imej Landsat 4 TM dan SPOT 5 yang mewakili tahun 1989 dan 2011. Kemudian pengiraan nilai biojisim atas permukaan (AGB) diperoleh dari lapangan melalui rumus allometrik. Data lapangan ini kemudiannya dihubungkan kepada nilai indeks tumbuhan (NDVI) yang diperoleh daripada imej satelit. Hasil yang diperolehi dijadikan model untuk mengira taburan spatial AGB dan stok karbon bagi keseluruhan hutan di Selangor bagi dua tahun (1989 dan 2011). Analisis mendapati bahawa secara keseluruhannya, jumlah keluasan bagi hutan di Selangor menurun dari 300,270.73 ha (1989) kepada 283,850.47 ha (2011) iaitu kira-kira 5.47 peratus. Hasil perubahan stok karbon hutan akibat degradasi dilakukan terhadap kawasan hutan yang kekal sebagai hutan sahaja iaitu berkeluasan 250,411.42 ha. Walaupun jumlah keluasan hutan mengalami penurunan, jumlah stok karbon mengalami meningkatan sebanyak 39.8 juta tan kepada 45.5 juta tan iaitu kira-kira 14 peratus. Peningkatan stok karbon ini disumbangkan oleh hutan paya gambut, manakala di hutan darat dan hutan bakau, stok karbon mengalami penurunan. Perubahan stok karbon berlaku kerana pelbagai faktor termasuklah akibat kemusnahan dan pertumbuhan semula, sama ada secara semulajadi atau kesan aktiviti manusia. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pelbagai pihak khususnya dalam aspek pengurusan sumber alam. Juga melihat sejauh mana program dan pembangunan yang dijalankan memberi impak terhadap faktor perubahan iklim dan pemanasan global.,Sarjana Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Stok karbon | |
dc.subject | Degradasi hutan | |
dc.subject | Antropogenik | |
dc.subject | Nilai indeks tumbuhan | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Analisis degradasi hutan dan stok karbon menggunakan NDVI | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 242 | |
dc.identifier.barcode | 002258(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81783+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 8.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.