Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460709
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohany Nasir, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAzura Hamdan (P57993)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:12Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:12Z-
dc.date.issued2015-08-14
dc.identifier.otherukmvital:81386
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460709-
dc.descriptionTidak dapat dinafikan bahawa faktor kognitif berperanan dalam meramal pencapaian akademik, namun, faktor tersebut bukanlah satu-satunya faktor yang boleh meramal kecemerlangan pelajar apabila berada di universiti. Faktor bukan kognitif seperti personaliti, pengurusan masa, keupayaan daya tindak dan daya tahan serta faktor demografi seperti jantina, bidang pengajian dan status sosio ekonomi keluarga juga berperanan dalam meramal pencapaian akademik pelajar di universiti. Kajian ini dilakukan bagi meneliti peranan faktor kognitif (keputusan akademik terdahulu), faktor bukan kognitif (personaliti, pengurusan masa, keupayaan daya tindak dan daya tahan) dan faktor demografi (jantina, bidang pengajian dan status sosio ekonomi keluarga) dalam meramal pencapaian akademik pelajar di universiti. Selain itu, ia juga menguji faktor keupayaan daya tindak dan pengurusan masa sebagai pengantara di antara personaliti dan pencapaian akademik. Kajian ini melibatkan seramai 551 orang pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan dijalankan di empat buah universiti di Johor, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan soal selidik yang telah diterjemah iaitu NEO Five Factor Inventory, Time Management Questionnaire, COPE dan Connor-Davidson Resilience Scale. Data dianalisis menggunakan ujian t dan ANOVA bagi program SPSS versi 16, manakala, analisis pengesahan faktor (CFA) dan model persamaan struktur (SEM) menggunakan program AMOS versi 18. Dapatan kajian menunjukkan faktor pencapaian akademik dahulu, personaliti dan pengurusan masa tidak mempunyai kesan secara langsung dengan pencapaian akademik. Manakala, faktor keupayaan daya tindak berperanan sebagai pengantara yang signifikan di antara personaliti dan pencapaian akademik. Kesemua faktor peramal menyumbang sebanyak 11% varians ke atas pencapaian akademik. Dapatan kajian ini mencadangkan satu model multidimensi dalam meramal pencapaian akademik pelajar di universiti tempatan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPencapaian akademik
dc.subjectFaktor peramal
dc.subjectPelajar universiti
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleFaktor peramal pencapaian akademik dalam kalangan pelajar ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages407
dc.identifier.barcode002181(2016)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81386+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.