Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460706
Title: | Watak wanita dalam filem seram kontemporari di Malaysia : makna dan ideologi |
Authors: | Azlina binti Asaari (P57584) |
Supervisor: | Jamaluddin Aziz, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Watak wanita Filem seram kontemporari |
Issue Date: | 8-Aug-2014 |
Description: | Watak wanita amat sinonim dengan filem genre seram. Wanita sering dikonstruksi dalam filem seram sebagai mangsa, hantu, bidan dan ahli sihir. Pemaparan ini menggambarkan bahawa wanita adalah lemah, jahat dan berciri negatif. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan filem-filem seram di Malaysia, namun masih kurang yang memfokuskan kepada makna dan ideologi yang dibentuk daripada hubungan watak wanita dan filem seram. Justeru kajian ini meneliti konstruksi makna dan ideologi watak wanita dalam filem seram kontemporari Malaysia. Konsep Abjection yang diketengahkan oleh Julia Kristeva daripada tradisi feminis psikoanalisis digunakan untuk kajian ini. Filem-filem seram terpilih dianalisis secara tekstual dengan memfokuskan kepada empat subjek utama iaitu saka, susuk, rasukan dan dendam. Terdapat tiga objektif yang menjadi panduan kajian ini. Pertama, kajian ini mengenal pasti jenis watak-watak wanita dan kategori watak wanita yang ada dalam filem seram pilihan. Kedua, kajian ini menghurai makna yang tercipta daripada konstruksi watak wanita. Akhir sekali kajian ini membuat hubungkait antara makna dan ideologi dengan menggunakan konsep abjection. Dapatan menunjukkan bahawa kategori watak ibu dan watak anak merupakan kategori yang stereotaip dalam filem seram kontemporari Malaysia. Watak ibu direpresentasi sebagai penyelamat atau pelindung kepada watak anak. Hal ini juga bermaksud bahawa watak anak itu tidak berdiri dengan sendirinya tetapi disokong oleh watak ibu. Kategori ini menunjukkan bahawa konstruksi watak wanita adalah terhad dan memfokus kepada kelemahan wanita. Hal ini memberi makna bahawa wanita dalam filem seram dianggap tidak stabil, mempunyai sisi gelap, dan mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Pada dasarnya, watak wanita ini dilihat sebagai alat bagi mensahihkan ideologi maskulin atau patriarki. Namun, konsep abjection merungkai makna watak wanita ini sebagai satu elemen mencabar ideologi maskulin yang menindas wanita. Walaupun abjection mampu membebaskan makna watak wanita daripada belenggu patriarki, namun pengakhiran cerita yang bahagia dan rapi setiap filem yang dipilih membuktikan bahawa watak-watak wanita ini masih terperangkap dalam ekspektasi genre dan masyarakat yang mahukan segala yang tidak stabil itu distabilkan.,Master/Sarjana |
Pages: | 215 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76431+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.55 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.