Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460703
Title: Pola kehidupan berkeluarga dalam kehidupan keluarga poligami
Authors: Farrah Wahida binti Mustafar (P39289)
Supervisor: Zaidah Mustapha, Puan
Keywords: Pola kehidupan berkeluarga
Issue Date: 29-Aug-2014
Description: Perkahwinan poligami dalam masyarakat Islam di Malaysia mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. Suatu reaksi yang menonjol di Malaysia adalah penubuhan Kelab Poligami Ikhwan (KPI) dan Kelab Taat Suami dari Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) yang mewarwarkan kebaikan berpoligami. Namun banyak kajian yang memaparkan pelbagai cabaran hidup ahli keluarga poligami. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti kehidupan berkeluarga isteri dalam perkahwinan poligami. Kajian ditumpu kepada perkara seperti pengurusan rumahtangga, hubungan suami-isteri, hubungan sesama isteri, hubungan suami dengan anak-anak, hubungan isteri dengan anak-anak dan hubungan isteri-isteri lain dengan anak-anak dari suami yang sama dan pandangan terhadap perkahwinan dan poligami. Kajian ini dijalankan di daerah Hulu Langat dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Temu bual mendalam dilakukan terhadap 10 orang wanita berumur antara 20-45 tahun yang menjadi isteri pertama, kedua dan ketiga. Lima orang adalah isteri kepada suami yang menjadi ahli GISB dan lima orang bukan ahli GISB. Ini adalah kerana bagi memaparkan pandangan dari dua kelompok yang berbeza. Wanita tersebut dipilih menggunakan kaedah snow balling. Analisis data dibuat dalam bentuk deskriptif dan diinterpretasi secara kritis. Hasil kajian mendapati pola kehidupan berkeluarga dalam keluarga poligami GISB dan bukan ahli GISB terbentuk beberapa pola yang sama termasuk pengurusan rumahtangga, aktiviti yang dilakukan bersama keluarga dan kedudukan kewangan keluarga. Manakala pola hubungan dalam keluarga mendapati semua informan tiada masalah hubungan dengan anak, namun terdapat indikator secara tidak langsung menunjukkan terdapat masalah dalam hubungan dengan suami. Mereka juga menghadapi masalah pengawalan emosi semasa awal pernikahan suami. Namun semua informan mengaku dapat mengawal emosi dengan berfikiran positif dan berserah kepada Tuhan. Informan berpandangan bahawa poligami suatu jalan untuk mendapat keberkatan Tuhan. Malah isteri GISB mempunyai cara untuk mengawal fikiran negatif dengan sering merujuk hal-hal poligami kepada 'mursyid'. Secara kesimpulannya, suami dan isteri dalam keluarga poligami mempunyai masalah namun masing-masing menganggap perkahwinan tersebut sebagai ketentuan Tuhan dan pasrah dengan segala yang telah ditakdirkan.,Master/Sarjana
Pages: 261
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76429+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.