Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460700
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mastura Mahmud, Profesor Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Haslina Mohd Shafie (P57119 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:05Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:05Z | - |
dc.date.issued | 2014-07-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75556 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460700 | - |
dc.description | Kenderaan bermotor merupakan sumber utama masalah kemerosotan kualiti udara bandar terutamanya di Lembah Klang. Ini dibuktikan daripada beberapa Laporan Kualiti Alam Sekitar dan Laporan Tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dari tahun 2003 hingga 2009. Kajian ini mempunyai objektif untuk mengkaji trend kepekatan purata bulanan dan menganalisis pola taburan keruangan tahunan bahan pencemar sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (CO), zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikrometer (PM10), nitrogen dioksida (NO2), dan ozon (O3) di stesen kualiti udara Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Cheras. Selain itu, kajian ini juga turut menganggarkan pembebasan bahan pencemar NO2, PM10 dan SO2 di Lembah Klang dari tahun 2000 hingga 2009 dan seterusnya membuat peramalan dari tahun 2010 hingga 2015. Hasil kajian statistik yang dijalankan di setiap stesen kualiti udara tersebut mendapati bahawa PM10 dan O3 merupakan bahan pencemar utama yang menyebabkan permasalahan ini selain SO2, CO dan NO2 dari tahun 2000 hingga 2009. Ini ditunjukkan dengan tren kepekatan purata bulanan PM10 adalah lebih tinggi daripada nilai kesetaraan Recommended Malaysian Air Quality Guidelines (RMAQG) untuk tempoh sebulan dari tahun 2000 hingga 2006. Malah, O3 turut mencatatkan tren kepekatan purata bulanan melebihi nilai kesetaraan RMAQG di stesen Shah Alam pada tahun 2003 dan 2004. Selain itu, analisis pola taburan keruangan tahunan melalui teknik interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW) dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) menunjukkan kepekatan PM10 yang berjulat antara 50 hingga 100 µg/m3 turut melebihi purata tahunan RMAQG iaitu 50µg/m3 di setiap stesen kajian dari tahun 2004 hingga 2009. Rekod daripada Jabatan Pengangkutan Jalan mencatatkan bahawa kenderaan persendirian iaitu motokar dan motosikal merupakan kenderaan paling tinggi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 1,619,716 unit (73%) dan 582,091 unit (25%) dari tahun 2000 hingga 2009. Selain itu, Sistem Model Bersepadu SIMAIR yang berdasarkan jumlah kenderaan bermotor menganggarkan bahawa gas CO merupakan bahan pencemar utama sebanyak 53,909,950 tan setahun berbanding NO2, PM10 dan SO2 yang masing-masing berjumlah 224,850 tan setahun, 76,150 tan setahun dan 39,000 tan setahun di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Malah, SIMAIR turut meramalkan bahawa CO adalah bahan pencemar paling tinggi dibebaskan sebanyak 56,461,776 tan setahun dan 56,003,842 tan setahun masing-masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor untuk tempoh 2010 hingga 2015. Impaknya, kemerosotan kualiti udara bandar Lembah Klang akibat daripada kenderaan bermotor bukan sahaja memburukkan lagi masalah alam sekitar bahkan turut memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pengaruh kenderaan bermotor | - |
dc.subject | Kualiti udara | - |
dc.title | Pengaruh kenderaan bermotor terhadap kualiti udara Bandar di Lembah Klang | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 152 | - |
dc.identifier.barcode | 001260 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75556+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.