Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460697
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ekhwan Toriman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorHaslinur binti Md Din (P57775)-
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:03Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:03Z-
dc.date.issued2014-01-16-
dc.identifier.otherukmvital:75266-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460697-
dc.descriptionParameter kualiti air dan luahan sungai adalah antara data asas dalam menentukan kedinamikan sesebuah sungai. Input kualiti air dan luahan lazimnya boleh diperoleh melalui pengambilan sampel air ataupun di cerap secara automatik menggunakan simpanan kawalan data. Kajian analisis siri masa kualiti air dan luahan di Alur Ilmu, UKM telah dijalankan bagi mencapai tiga objektif utama iaitu i) menganalisis perilaku parameter kualiti air dan luahan serta imbangannya ii) mengklasifikasikan Alur Ilmu berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) dan iii) mengkaji keupayaan saliran alur dalam menampung muatan parameter tercemar. Aktiviti persampelan dan penyerapan data dijalankan pada Mac 2011 sehingga Mac 2012 dengan melibatkan parameter pH, suhu, oksigen terlarut (DO), kekonduksian, jumlah pepejal terlarut (TDS), kekeruhan dan tahap kemasinan diukur melalui stesen automatik kualiti air model YK 615 yang dipasang pada hilir alur (2˚55'40.33"N 100˚46'47.15"E) bagi setiap 15 minit/hari. Analisis makmal dilakukan bagi parameter pencemar kimia seperti Nitrogen Ammonia, jumlah pepejal terampai (TSS), permintaan oksigen biokimia (BOD) dan permintaan oksigen kimia (COD) mengikut garis panduan American Public Health Association (APHA) yang diukur empat kali sebulan. Secara Geografik, Alur Ilmu merupakan saliran utama kampus UKM yang berpunca dari hutan Diptrokap Simpan Bangi (2˚55'14.72"N 101˚46'57.37."E) dan panjangnya adalah 1.79 km yang merentasi kampus induk UKM sebelum mengalir masuk ke Sungai Langat. Keupayaan anggaran beban muatan pencemar mengikut kaedah Purata Konsentrasi Kejadian (EMC)mendapati nilai DO sebanyak (14.94±0.14mg/L), TDS (1613.16±7.74mg/L), BOD (11.57±0.25 mg/L), COD (321.42±2.14mg/l), TSS (656.25±6.61mg/L) dan NH3N (8.93±0.002mg/L). Purata parameter kualiti air yang lain adalah suhu air (31.0±24.9??C), pH (7.14±4.27), kekonduksian (172.85±30.59µS/cm), kekeruhan air (151.76±38.83 NTU) dan tahap kemasinan (0.126±0.023 ppt). Kadar luahan masa normal (tanpa hujan) Alur Ilmu dicatat ialah 0.23(m3/s) dan masa hujan maksimum pula ialah 13.04 (m3/s). Mengikut Indeks Kualiti Air (IKA), Alur Ilmu diklasifikasikan berada pada kelas III sepanjang penyelidikan dijalankan kecuali pada Mac 2012, merosot ke kelas IV. Di akhir kajian, sistem sokongan pembuat keputusan telah berjaya dilaksanakan terhadap lembangan Langat termasuk stesen kualiti air Alur Ilmu bagi memantau secara atas talian berkaitan parameter terpilih dan tahap kualiti airnya. Pengurusan Alur Ilmu dinilai kerana ia memberi kesan terus terhadap pengurusan air larian di kawasan kampus.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKualiti air dan luahan-
dc.subjectWater quality-
dc.titleAnalisis siri masa kualiti air dan luahan, Alur Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages211-
dc.identifier.callnoTD370.H347 2014 tesis-
dc.identifier.barcode001200-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75266+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.