Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460696
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fuziah Kartini Binti Hassan Basri, Prof. Madya | |
dc.contributor.author | Norshafawati binti Saari (P48316) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:02Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:02Z | - |
dc.date.issued | 2013-01-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74744 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460696 | - |
dc.description | Rakaman muzik di Malaysia berpotensi maju sebagai satu industri yang kukuh memandangkan muzik sukar dinafikan peranannya dalam kehidupan. Dengan persekitaran pembangunan Malaysia yang semakin mampan, industri rakaman muzik seharusnya diberi perhatian serius. Namun, dalam kesibukan masyarakat memberi perhatian terhadap perkara yang lebih penting, pelbagai isu muncul yang setiap satunya menjelaskan keadaan yang berlaku dalam industri rakaman muzik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu, cabaran dan hala tuju pembangunan industri rakaman muzik tempatan. Dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan industri, setiap elemen diteliti bagi membongkar isu dan cabaran yang dialami oleh syarikat rakaman muzik tempatan, di samping meninjau hala tujunya, serta menelusuri undang-undang yang berkaitan dengannya. Daripada penelitian ini, beberapa implikasi terhadap keperluan dasar dikenal pasti. Kaedah penyelidikan kualitatif diaplikasikan dalam kajian melalui temubual mendalam dengan beberapa orang tokoh yang dipilih secara bertujuan, berserta analisis dokumen dan kajian perpustakaan. Perspektif organisasi media yang dikemukakan oleh McQuail digunakan bagi mengupas dengan lebih jelas fenomena yang berlaku dalam industri rakaman muzik tempatan. Kajian mendapati industri rakaman muzik kini kurang berkembang dan bergerak dengan perlahan. Pergerakan perkembangan syarikat rakaman yang perlahan menyebabkan kedudukan industri muzik turut berkembang dengan perlahan. Setiap syarikat rakaman menghadapi situasi berbeza dalam mengharungi proses perkembangan syarikat untuk terus bertahan. Hal ini membuktikan perlunya sistem atau mekanisme yang kuat bagi menyokong industri rakaman muzik tempatan. Kepelbagaian situasi yang dihadapi syarikat rakaman mencetus impak, isu dan cabaran yang berbeza. Faktor-faktor luaran dan faktor-faktor dalaman yang terikat belit dan saling mempengaruhi, didapati menjadi hambatan kepada industri ini. Dasar yang berselerak dan taksa menyulitkan lagi keadaan, dan akibatnya industri rakaman muzik di Malaysia masih belum mempunyai hala tuju yang jelas. Industri ini masih di ambang pembangunan yang kurang memberangsangkan, justeru memerlukan iltizam yang lebih padu dan kukuh daripada pelbagai pihak berkepentingan agar industri rakaman muzik dapat menyumbang dengan berkesan sebagai komoditi ekonomi dan juga budaya.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Muzik tempatan | |
dc.subject | Industri rakaman | |
dc.subject | Malaysia | |
dc.subject | Music trade -- Malaysia | |
dc.title | Isu, cabaran dan hala tuju pembangunan industri rakaman muzik tempatan di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 218 | |
dc.identifier.callno | ML3790.N647 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000351 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74744+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.