Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460695
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFaridah Ibrahim, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNurul Ain binti A.Hamid (P 51839)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:02Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:02Z-
dc.date.issued2013-05-24
dc.identifier.otherukmvital:74743
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460695-
dc.descriptionPembingkaian (framing) memainkan peranan penting untuk memahami peranan media dalam pembinaan sesuatu berita. Pembingkaian adalah proses yang mencerminkan keputusan tentang apa yang dianggap penting atau layak untuk dijadikan berita yang mampu mempengaruhi pemikiran khalayak dan membuatkan mereka mempercayai apa yang dilaporkan. Kajian ini bertujuan untuk melihat pembingkaian berita etnik dalam akhbar-akhbar aliran perdana di Malaysia dan mengenal pasti perbezaan atau persamaan bingkai berita etnik yang disiarkan dalam akhbar-akhbar ini. Dengan menggunakan kombinasi kaedah analisis kandungan kuantitatif dan kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus, kajian ini menganalisis pembingkaian berita etnik yang dilaporkan dalam akhbar aliran perdana iaitu Utusan Malaysia, The Star, Berita Harian dan New Straits Times. Hasil kajian mendapati akhbar Utusan Malaysia lebih memberikan tumpuan terhadap pemaparan berita etnik berbanding akhbar-akhbar lain. Bingkai tanggungjawab dilihat paling banyak digunakan dalam setiap akhbar kerana isu etnik merupakan isu yang penting dan memerlukan keprihatinan yang tinggi daripada semua pihak. Secara keseluruhan, tidak terdapat perbezaan bingkai yang signifikan antara akhbar-akhbar aliran perdana ini. Responden dari kajian kumpulan fokus pula berpendapat bahawa pembingkaian berita etnik yang dilaporkan dalam akhbar adalah mengikut latar belakang etnik masing-masing. Setiap akhbar mempunyai agenda tersendiri dan melaporkan sesuatu isu mengikut kepentingan etnik masing-masing. Bagaimanapun, kedua-dua akhbar bahasa Inggeris yang dikaji bersifat neutral dan boleh dibaca oleh semua kaum. Kebanyakan responden berpendapat akhbar tidak banyak menggambarkan masyarakat berbilang budaya dalam liputan berita mereka. Kajian ini mencadangkan pembingkaian berita etnik dalam akhbar perlu diperbaiki agar mencerminkan kepelbagaian kaum dalam masyarakat.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectBerita etnik
dc.subjectAkhbar aliran perdana
dc.subjectMalaysia
dc.subjectNewspapers -- Malaysia
dc.titlePembingkaian berita etnik dalam akhbar-akhbar aliran perdana di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages146
dc.identifier.callnoPN4888.E8.N846 2013
dc.identifier.barcode000360
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74743+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.