Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460694
Title: Liputan berita bioteknologi : analisis kandungan dalam empat akhbar arus perdana
Authors: Nurul Ilyana binti Rezali (P 52654)
Supervisor: Mus Chairil Samani, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bioteknologi
Akhbar arus perdana
Biotechnology -- Press coverage
Issue Date: 14-Mar-2013
Description: Bioteknologi telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada lima jentera yang akan mempercepatkan proses transformasi Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu, Dasar Bioteknologi Negara telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2005. Satu kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti trend liputan isu bioteknologi dalam empat akhbar arus perdana di Malaysia dalam tempoh lapan tahun, empat tahun sebelum pengumuman dan empat tahun selepas pelancaran dasar tersebut. Kajian ini juga ingin menentukan sama ada polisi kerajaan mempengaruhi liputan laporan mengenai berita bioteknologi dalam akhbar arus perdana di Malaysia. Empat buah akhbar yang dikaji ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan The Star. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk mengkaji semua berita mengenai “bioteknologi” dalam empat akhbar tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa akhbar berbahasa Melayu lebih banyak melaporkan berita bioteknologi berbanding dengan akhbar berbahasa Inggeris. Sumber berita yang paling banyak diliputi ialah golongan profesional dan menteri. Kebanyakan berita ditulis dalam arah positif. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa berita bioteknologi tidak mendapat liputan yang mencukupi atau sewajarnya dalam akhbar arus perdana walaupun kerajaan telah menjadikan teknologi ini sebagai agen transformasi negara. Dengan kata lain, agenda kerajaan tidak semestinya sama dengan agenda yang dimainkan oleh media.,Master/Sarjana
Pages: 107
Call Number: PN4784.C65.N846 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74742+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.