Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460691
Title: Pembentukan budaya popular : fenomena slank dan slanker di Indonesia
Authors: Rizky Hafiz Chaniago (P 48939)
Supervisor: Fuziah Kartini Hassan Basri, Prof. Madya
Keywords: Budaya popular
Slank dan slanker
Indonesia
Popular culture -- Western influences -- Indonesia
Issue Date: 10-Jan-2013
Description: Budaya popular sering kali dikaitkan dengan budaya yang bersifat negatif. Proses Amerikanisasi yang panjang sejak tahun 1960-an hingga saat ini membuat monopoli budaya ini tidak dapat dihindari lagi. Fahaman budaya tanding dan Hippie terus diwariskan kepada gaya hidup kaum muda Barat seperti seks bebas, dadah dan alkohol. Gaya hidup kaum muda Barat masuk ke Indonesia melalui media massa seperti MTV, majalah dan pelbagai genre muzik. Muzik rock merupakan salah satu genre muzik yang mencetuskan gaya hidup yang menyimpang. Kaum muda Indonesia mulai meniru gaya hidup kaum muda Barat dengan mengkonsumsi rock sebagai sebahagian daripada budaya tanding, walaupun untuk tujuan yang berbeza. Penelitian ini bertujuan menghujah bahawa budaya popular bukanlah sejenis budaya yang kurang bagus dan negatif. Ia adalah jenis budaya alternatif, yang ingin punya ciri sendiri yang berbeza daripada apa yang telah mapan. Kajian ini menggunakan teori perputaran budaya yang menghuraikan lima elemen budaya iaitu produksi, konsumsi, regulasi, representasi, dan identiti yang mengkonstruksi budaya. Kajian ini menggunakan penelitian kualitatif dengan metod etnografi melalui temubual mendalam dan pemerhatian. Kajian ini mendapati bahawa seni budaya yang masuk dalam ranah kapitalisme tetap dapat mempertahankan idealisme seninya. Di samping itu, peranan tokoh penengah sangat penting untuk menjadi pelerai masalah antara ikon rock dengan penggemarnya. Slank merupakan kumpulan muzik rock yang berjaya mengubah imej negatif budaya popular menjadi positif. Para penggemar kumpulan muzik Slank yang dikenali Slanker mengikuti gaya hidup menyimpang yang dilakukan Slank seperti mengkonsumsi dadah dan alkohol. Seiring bergulirnya waktu, Slank akhirnya meninggalkan gaya hidup rock 'n' roll dan perubahan ini turut ini diikuti oleh Slanker. Kini, Slank mencetuskan budaya baru iaitu PLUR (Peace, Love, Unity dan Respect). Pemanfaatan pengaruh ini tentunya menjadi faktor yang mempunyai peranan baik terhadap gaya hidup kaum muda Indonesia terutama Slanker.,Master/Sarjana
Pages: 299
Call Number: HM626.R539 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74740+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.