Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460688
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFuziah Kartini Hassan Basri, Prof Madya
dc.contributor.authorKho Suet Nie (P 55278)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:48:57Z-
dc.date.available2023-09-20T03:48:57Z-
dc.date.issued2013-09-10
dc.identifier.otherukmvital:74685
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460688-
dc.descriptionLiterasi media merupakan faktor penting dalam menentukan bagaimana seorang individu mengkonstruksikan mesej media dan menghayati mesej tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mendalami aspek lokus peribadi dalam teori literasi media pendekatan kognitif (LMPK) oleh Potter dan kaitan lokus peribadi dengan proses kognitif konstruksi mesej keganasan televisyen. Kajian literasi media di Malaysia masih lagi terhad terutamanya dalam mengaitkan literasi media dengan konstruksi makna mesej keganasan. Fokus kajian ini merupakan remaja berumur 15 sehingga 19 tahun kerana golongan ini merupakan golongan yang paling tinggi risikonya untuk dipengaruhi media. Berdasarkan teori LMPK yang membahagikan lokus peribadi seseorang kepada tujuan dan cara penontonan, satu borang soal selidik menggunakan skala lima Likert direka untuk mengukur kekuatan lokus peribadi. Ujian rintis dilakukan ke atas 20 orang pelajar dan tahap kesahan instrumen mencapai tahap 0.845. Menggunakan instrumen tersebut, pengkaji mengukur tahap literasi media 97orang remaja bandar Kajang berumur 15 – 19 tahun. Didapati purata tahap literasi media mereka berada pada tahap memuaskan dengan skor min 3.28. Para remaja ini bersifat terbuka kepada mesej media televisyen dan mereka mampu mentafsirkan mesej media secara lahiriah. Peranan lokus peribadi dalam penafsiran mesej keganasan terserlah apabila remaja bertahap literasi media tinggi dibandingkan dengan remaja bertahap literasi media rendah. Remaja bertahap literasi media tinggi menunjukkan dorongan penontonan yang kuat dan matlamat penontonan yang lebih jelas. Mereka juga bersifat lebih ingin tahu tentang pendidikan media dan kesan media. Melalui perbincangan kumpulan fokus, gambaran proses kognitif yang berlaku ketika remaja berbincang tentang mesej keganasan media televisyen dapat ditangkap. Kajian ini mendapati remaja yang mempunyai tahap literasi yang tinggi berupaya untuk memberikan pelbagai intepretasi alternatif kepada mesej keganasan televisyen dan mampu melakukan analisis yang cukup bagus tentang mesej tersebut. Persepsi makna keganasan mereka juga adalah abstrak dan bergantung kepada situasi. Remaja yang berliterasi rendah mempunyai pendapat alternatif terhadap mesej keganasan yang terbatas, sentiasa melihat mesej luaran sahaja dan membenarkan media mempengaruhi mereka.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengaruh
dc.subjectLokus peribadi
dc.subjectKeganasan
dc.subjectTelevisyen
dc.subjectTelevision and children
dc.titlePengaruh lokus peribadi ke atas proses konstruksi mesej keganasan televisyen
dc.typetheses
dc.format.pages184
dc.identifier.callnoHQ784.T4.K496 2013
dc.identifier.barcode000820
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74685+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.