Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460687
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ekhwan Toriman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNoraini Wahida Abdullah (P52133)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:48:56Z-
dc.date.available2023-09-20T03:48:56Z-
dc.date.issued2013-08-30
dc.identifier.otherukmvital:74597
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460687-
dc.descriptionHakisan tebing sungai telah dianalisis bagi Sungai Chini dengan menggunakan teknik hakisan pin. Sebanyak lima stesen persampelan telah dipilih berdasarkan kepada ciri fizikal dan struktur tanih yang terdapat di kawasan persampelan. Pemasangan pin hakisan bermula pada 8 Oktober 2009 dan pencerapan kadar hakisan dilakukan setiap bulan dari tarikh pemasangan pin hakisan sehingga 31 Julai 2010. Hasil analisis hakisan tebing Sungai Chini mengikut musim mendapati musim hujan mencatatkan jumlah hakisan yang tinggi iaitu 43.28 cm berbanding 17.74 pada musim kering. Hakisan mengikut musim di kesemua plot mendapati Plot 4 mencatatkan perbezaan jumlah hakisan yang ketara iaitu 19.50 cm pada musim hujan dan 1.30 sahaja pada musim kering. Selain itu, hasil analisis terhadap perubahan bentuk keratan rentas sungai mendapati dua plot memperlihatkan perubahan bentuk iaitu Plot 1 dari lurah berbentuk U pada awal cerapan menjadi lurah berbentuk V pada akhir cerapan dan Plot 5 dari lurah berbentuk V pada awal cerapan menjadi lurah berbentuk U di akhir cerapan. Plot 2, 3 dan 4 pula kekal lurah berbentuk U sehingga akhir cerapan tetapi dasar sungainya semakin cetek. Seterusnya, hasil analisis kolerasi yang dilakukan terhadap parameter fizikal, cuaca dan hidrologi terhadap kadar hakisan mendapati parameter kecerunan tebing di Plot 1 menunjukkan hubungan positif yang kuat dengan kadar hakisan tebing sungai iaitu 0.623 pada aras signifikan 0.005. Selain itu, terdapat bentuk hubungan yang kuat di antara purata peratusan kandungan pasir sangat kasar terhadap kadar hakisan, di mana nilai kolerasinya ialah 0.85. Keadaan tersebut menggambarkan semakin tinggi kandungan pasir sangat kasar, semakin tinggi kadar hakisan yang berlaku. Kesimpulannya, kelima-lima stesen kajian tidak mengalami kadar hakisan yang sangat aktif tetapi ia berpotensi untuk mengalami kadar hakisan yang lebih aktif jika langkah pencegahan awal terhadap hakisan tebing tidak dilakukan. Justeru, kajian ini juga turut mencadangkan beberapa kaedah kawalan dan pengurusan zon tebing Sungai Chini untuk kesejahteraan ekosistem sungai tersebut.,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectHakisan
dc.subjectTebing
dc.subjectSungai Chini (Pahang)
dc.subjectErosion -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePotensi hakisan tebing Sungai Chini, Pahang
dc.typetheses
dc.format.pages128
dc.identifier.callnoQE571.N647 2013 tesis
dc.identifier.barcode000839
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74597+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.