Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460481
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Fadilah Rajab, Prof Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Ng Pek Leng (P61529) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:49Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:49Z | - |
dc.date.issued | 2017-02-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:99091 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460481 | - |
dc.description | Piper betle (PB) atau daun sirih telah dilaporkan mempunyai fungsi antiproliferasi dan antikanser dan mampu meningkatkan kesan sitotoksik dadah kemoterapi dengan memodulasi gen glutation-S-transferase (GST). Kajian ini bertujuan untuk menyiasat keberkesanan ekstrak akues PB dalam memodulasi aktiviti GST dan seterusnya meningkatkan aktiviti sitotoksik 5- Fluorourasil (5- FU) pada sel kanser kolon adenokarsinoma, HT 29 dan sel kanser kolon karsinoma HCT 116. Hasil kajian ini mendapati ekstrak PB mampu meningkatkan sensitiviti sel terhadap 5-FU melalui ujian sitotoksik yang dilakukan. Nilai IC50 bagi rawatan dengan 5-FU pada sel HT 29 dan HCT 116 adalah 117µM dan 12.5µM masing- masing dengan masa rawatan 72 jam. Walau bagaimanapun, kehadiran ekstrak PB, mempamerkan kesan sitotoksik dengan kepekatan yang lebih rendah iaitu, 12.5µM pada masa yang lebih singkat iaitu, 24 jam untuk kedua-dua sel kajian. Analisa isobologram yang dijalankan bagi menentukan interaksi PB dengan 5-FU mendapati bahawa PB dan 5-FU berinteraksi secara sinergistik pada sel HT 29, tetapi antagonistik pada sel HCT 116. Sel HT 29 seterusnya digunakan sebagai model kajian dalam mengenalpasti keberkesanan rawatan sebatian aktif ekstrak PB, 4- alilpirokatekol. Nilai IC50 yang diperolehi adalah pada kepekatan 199µM dengan masa rawatan 24 jam. 4- alilpirokatekol dan 5-FU berinteraksi secara antagonistik. Ini mencadangkan bahawa sebatian alilpirokatekol bukan satu-satunya sebatian aktif pada PB yang bertangungjawab menyumbang kepada kesan sitotoksik yang dipamerkan. Kromatogram HPLC menunjukkan tiada interaksi kimia berlaku antara 5-FU dengan PB atau 4-alilpirokatekol, di mana sebatian hadir pada masa retensi dan penyerapan yang berbeza. Ciri apoptosis sel kanser kolon yang dianalisa dengan menggunakan pewarna Annexin V-FITC/PI dan sitometri aliran menunjukkan hanya rawatan 5-FU atau PB mampu merangsang kesan apoptosis berbanding dengan rawatan kombinasi. Seterusnya, kesan rawatan terhadap perubahan pengekspresan mRNA dan protein GST yang dianalisa melalui kaedah qPCR dan pemblotan Western menunjukkan aktiviti jumlah GST adalah tinggi pada sel HT 29 berbanding sel HCT 116. Kehadiran PB dalam rawatan kombinasi menurunkan aktiviti GST jumlah pada sel HCT 116 secara signifikan (p<0.05), tetapi tidak pada sel HT 29. GST pi yang juga dikenali sebagai GSTP, adalah isoform utama yang dikawalatur oleh rawatan kombinasi pada sel HT 29 dan HCT 116 berbanding dengan isoform lain. Sel HT 29 dirawat 5-FU menunjukkan ekspresi mRNA GSTP yang tinggi berbanding dengan sel HCT 116. Perencatan pengekspresan mRNA dan protein GSTP oleh rawatan kombinasi menjelaskan peningkatan kepekaan sel kanser kolon terhadap rawatan 5- FU. Kesimpulannya, kehadiran PB meningkatkan keberkesanan tindakan sitotoksik 5- FU melalui modulasi pengekspresan GSTP.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Piper betle (PB) | - |
dc.subject | Daun sirih | - |
dc.subject | Antiproliferasi | - |
dc.subject | Antikanser | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kesan modulasi ekstrak akues piper betle (piperaceae) dan 5-fluorourasil terhadap sistem glutathione S-trasferase pada sel adenokarsinoma kolon HT 29 dan HCT 116 | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 131 | - |
dc.identifier.callno | QV766.N576k 2017 9 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99091+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.