Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460478
Title: | Keberkesanan molta-P programme™ dalam meningkatkan prestasi fungsi anggota atas kanak-kanak palsi serebral |
Authors: | Nur Zaidah bt. Zulkapli (P72981) |
Supervisor: | Sazlina Kamaralzaman, Dr. |
Keywords: | Kanak-kanak palsi serebral Kawalan postur Motor Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11-Aug-2017 |
Description: | Gangguan motor pada badan dan anggota kanak-kanak palsi serebral boleh menjejaskan kawalan postur. Ini membawa kepada keadaan postur tidak normal serta limitasi kepada posisi anggota. Di samping itu, ia menyekat kefungsian anggota atas kanak-kanak palsi serebral dan seterusnya menghadkan prestasi mereka semasa menjalankan aktiviti. MOLTA-P Programme TM dibangunkan untuk menangani masalah ini. Ia merupakan gabungan modul aktiviti dan alat sokongan untuk duduk dengan posisi duduk yang betul. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan MOLTA-P Programme TM dalam meningkatkan prestasi fungsi anggota atas kanakkanak palsi serebral. Metodologi kajian menggunakan reka bentuk subjek tunggal dan telah dijalankan selama 12 minggu. Penilaian Quality of Upper Extremity Skills Test (QUEST) telah dijalankan terhadap 11 orang kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah palsi serebral (umur 2.5-8 tahun, min 4.27) untuk mengenal pasti prestasi Dissociated Movement dan Grasp kanak-kanak palsi serebral ketika melakukan aktiviti sebelum, semasa dan selepas menjalani MOLTA-P Programme TM. Manakala Canadian Occupational Performance Measure (COPM) pula menilai prestasi fungsi anggota atas kanak-kanak palsi serebral ketika melakukan aktiviti berdasarkan pemerhatian ibu/bapa/penjaga dan tahap kepuasan ibu/bapa/penjaga terhadap prestasi fungsi anggota atas kanak-kanak palsi serebral ketika melakukan aktiviti sebelum, semasa dan selepas menjalani MOLTA-P Programme TM di rumah subjek atau persatuan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perubahan positif yang signifikan pada prestasi Dissociated Movement dan Grasp subjek ketika melakukan aktiviti (F (1.140,11.403)=7.869, partial η2=0.440,p<0.05). Perubahan signifikan juga didapati pada prestasi fungsi anggota atas kanak-kanak palsi serebral ketika melakukan aktiviti berdasarkan pemerhatian ibu/bapa/penjaga (F(2,20)=36.977, partial η2=0.787, p<0.001) serta perubahan signifikan pada tahap kepuasan ibu/bapa/penjaga terhadap prestasi fungsi anggota atas kanak-kanak palsi serebral ketika melakukan aktiviti (F (2,20)= 26.084, partial η2= 0.723,p<0.001) semasa menggunakan program berbanding sebelum penggunaan program. Penemuan menunjukkan bahawa MOLTA-P Programme TM adalah efektif dalam meningkatkan prestasi fungsi anggota atas kanakkanak palsi serebral. MOLTA-P Programme TM berpotensi sebagai program di rumah dan program intervensi awal kerana penglibatan dalam aktiviti dan bermain membantu meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak palsi serebral.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 279 |
Call Number: | WS342.N974k 2017 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99086+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.