Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460477
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Rohi Bin Ghazali, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Wan Marahaini binti Wan Razali (P68822) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:47Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:47Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-28 | |
dc.identifier.other | ukmvital:99084 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460477 | - |
dc.description | Pokok Quassia borneensis (Mamunggal) telah digunakan secara tradisional dalam merawat hipertensi, kolera dan demam. Aktiviti biologinya seperti antioksida, anti inflamasi dan antiproliferasi turut ditunjukkan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan aktiviti antiplasmodium Q. borneensis secara ex vivo dan in vivo. Penyaringan antiplasmodium ke atas 12 kumpulan (Q1-Q12) daripada fraksi heksana, kloroform dan akueus Q. borneensis telah dijalankan menggunakan asai SYBR Green I ke atas darah mencit (parasitemia 10%) yang diinfeksi dengan Plasmodium berghei. Rawatan klorokuin dan artemisinin bertindak sebagai kawalan positif. Keputusan menunjukkan fraksi kloroform (Q5, Q6, Q7 & Q8) mempunyai aktiviti perencatan relatif yang paling aktif. Aktiviti sinkronisasi seterusnya diukur menggunakan asai yang sama bagi mengkaji aktiviti perencatan P. berghei pada peringkat hidup trofozoit muda, trofozoit matang dan skizon. Didapati fraksi kloroform merencat secara aktif pada semua peringkat hidup dan bacaan IC50 yang diperoleh lebih rendah secara signifikan (p<0.05) berbanding kawalan positif. Seterusnya, aktiviti antiplasmodium secara in vivo dijalankan menggunakan 6 ekor mencit bagi setiap kumpulan. Kumpulan kajian terdiri daripada kawalan negatif (air suling), kawalan positif (klorokuin 10 mg/kg/berat badan) dan kumpulan rawatan (fraksi kloroform Q. borneensis 5 mg/kg/berat badan) selama 4 hari. Pada hari ke-5, semua mencit dikorbankan. Bagi aktiviti supresi, kumpulan yang diberikan ekstrak Q5, Q7 dan Q8 menunjukkan aktiviti sangat aktif kecuali Q6. Perkiraan darah keseluruhan turut diukur dengan melihat perubahan pada aras sel darah merah (SDM), hemoglobin (Hb), PCV, MCV, MCHC, sel darah putih (SDP), limsofit, monosit, eosinofil dan platelet selepas rawatan fraksi kloroform Q. borneensis selama 4 hari. Keputusan menunjukkan semua parameter tersebut tidak menunjukkan perbezaan secara signifikan (p>0.05) bagi semua kumpulan rawatan berbanding kumpulan normal dan kawalan negatif. Pemerhatian kualitatif pada perubahan morfologi SDM di bawah mikroskop elektron juga tidak menunjukkan perubahan yang signifikan bagi kumpulan rawatan. Sebagai kesimpulan, ekstrak kasar Q. borneensis mampu bertindak sebagai agen antimalaria dalam merencat pertumbuhan P. berghei secara ex vivo dan in vivo.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hipertensi | |
dc.subject | Kolera | |
dc.subject | Demam | |
dc.subject | Antioksida | |
dc.subject | Antiinflamasi | |
dc.subject | Antiproliferasi | |
dc.subject | Agen antimalaria | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Aktiviti antimalaria ekstrak quassia borneensis noot. (simaroubaceae) terhadap eritrosit mencit terinfeksi dengan plasmodium berghei NK 65 | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 120 | |
dc.identifier.callno | QV766.W244a 2017 9 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99084+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.