Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460476
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zahara Abdul Manaf, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nuruljannah Johari (P72988) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:46Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:46Z | - |
dc.date.issued | 2017-09-07 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98754 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460476 | - |
dc.description | Penyakit diabetes mellitus dalam kalangan warga emas dan kemasukan ke hospital boleh memberi kesan terhadap kualiti hidup mereka. Namun, masih tiada kajian tempatan yang mengkaji faktor risiko dari segenap dimensi yang berkait dengan kualiti hidup dalam golongan pesakit geriatrik yang menghidap diabetes mellitus di hospital. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menentukan status pemakanan, psikososial dan fungsian serta hubungannya dengan kualiti hidup dalam kalangan pesakit diabetes mellitus geriatrik di hospital. Kajian keratan lintang ini menggunakan kaedah persampelan rawak dan melibatkan seramai 110 orang pesakit geriatrik di hospital. Data sosiodemografi, sejarah perubatan, bacaan ukuran antropometri, ujian tekanan darah dan ujian biokimia diambil dari rekod perubatan pesakit. Temu bual separa berstruktur telah digunakan dengan menggunakan alat kajian Penilaian Subjektif Global (SGA), Simplified Nutritional Appetite Questionnaire (SNAQ), Soal Selidik Sejarah Pemakanan (DHQ), The Montreal Cognitive Assessment (MoCA), Skala Kemurungan Geriatrik (GDS), Brief-Illness Perception Questionnaire (B-IPQ), Indeks Barthel, Aktiviti Kehidupan Harian Instrumen (IADL), Medical Outcome Study (MOS)- Sokongan Sosial, Soal Selidik Pengetahuan Diabetes (DKQ) dan Penilaian kualiti hidup (WHOQoL-BREF). Data kajian ini dianalisis menggunakan Ujian Pearson kuasa dua, ujian t, pekali kolerasi Pearson dan Regresi Linear Berganda (MLR). Purata umur subjek adalah 68±6.4. Hasil kajian mendapati seramai 50.9% subjek adalah berlebihan berat badan dan obes, 30.9% mengalami malpemakanan, dan lebih kurang separuh subjek mengalami masalah selera makan (45.3%) dan pengambilan tenaga yang tidak mencukupi (53%). Hanya 36.4% subjek yang mampu untuk berdikari sepenuhnya dalam melakukan aktiviti seharian asas. Majoriti (83%) subjek mengalami kecelaan kognitif ringan dan hampir separuh (44.9%) mengalami kemurungan. Mereka juga mempunyai sokongan sosial yang baik dengan purata skor 84.9±14.9. Terdapat hubungan antara status pemakanan, status fungsian tubuh, sokongan dan status psikososial dan tahap pengetahuan tentang diabetes dengan domain-domain kualiti hidup. Peramal kepada kualiti hidup dalam kalangan pesakit diabetes mellitus geriatrik di hospital adalah kemurungan, sokongan sosial, fungsian tubuh, fungsi kognitif dan selera makan. Kesimpulannya, status pemakanan, psikososial serta fungsian memberi kesan terhadap kualiti hidup pesakit diabetes mellitus geriatrik di hospital. Oleh itu, pesakit diabetes mellitus geriatrik di hospital memerlukan sokongan rehabilitasi yang merangkumi aspek pemakanan, psikososial dan fungsian untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.,Sarjana Sains Kesihatan (Dietetik) | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Diabetes Mellitus Geriatrik | - |
dc.subject | Status Pemakanan | - |
dc.subject | Psikososial | - |
dc.subject | Warga emas | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Status pemakanan, fungsian dan psikososial serta hubungannya dengan kualiti hidup dalam kalangan pesakit Diabetes Mellitus Geriatrik di hospital | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 231 | - |
dc.identifier.callno | WK810.N974s 2017 9 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98754+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 376.53 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.