Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460475
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorliza Mohamad Fadzil, Dr.-
dc.contributor.authorMuhsonat Mohamad Zain (P72920)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:46Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:46Z-
dc.date.issued2018-01-08-
dc.identifier.otherukmvital:98753-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460475-
dc.descriptionRehabilitasi penglihatan bagi murid penglihatan terhad adalah penting untuk membantu mereka menggunakan penglihatan secara optimum dalam melakukan aktiviti hidup seharian (ADL) dan seterusnya menjadikan mereka lebih berdikari di masa hadapan. UKM-CHILD dan LV Prasad-Functional Vision Questionnaire II (LVP-FVQII) adalah indeks ADL untuk mengukur keupayaan murid penglihatan terhad melakukan ADL. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan rehabilitasi penglihatan murid penglihatan terhad menggunakan UKM-CHILD. Kajian ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa I bertujuan menentukan kesahan kriteria UKM-CHILD dengan membandingkan skor UKM-CHILD dan LVP-FVQII. Seramai 120 murid penglihatan terhad berumur 7 hingga 18 tahun (13.01±3.25 tahun) mengambil bahagian. Dapatan kajian Fasa I menunjukkan UKM-CHILD mempunyai kesahan kriteria yang baik iaitu ketekalan dalaman (Cronbach's alpha=0.87) dan korelasi kuat dan signifikan (r=0.82, p<0.001). Fasa II bertujuan mengukur keberkesanan rehabilitasi penglihatan murid penglihatan terhad menggunakan UKM-CHILD. Seramai 40 murid penglihatan terhad berumur 13 hingga 18 tahun (15.33±1.56 tahun) diberikan rehabilitasi penglihatan yang melibatkan preskripsi kacamata, alat bantu penglihatan terhad dan latihan penggunaan alat bantu penglihatan terhad. Sesi latihan dilakukan selama 5 minggu dan ianya merangkumi kaedah penggunaan alat penglihatan terhad dan latihan membaca. Pengukuran parameter kajian iaitu akuiti visual, kelajuan membaca dan keupayaan melakukan ADL (UKM-CHILD) dilakukan pada peringkat pra dan pasca rehabilitasi. Keputusan kajian ini mendapati purata akuiti visual jauh meningkat sebanyak empat baris (VAjauh(pra):0.85±0.05 logMAR; VAjauh(pasca):0.40±0.06 logMAR; z=-2.27, p=0.026) dan purata akuiti visual dekat meningkat sebanyak dua baris (VAdekat(pra):0.64 ±0.22 logMAR; VAdekat(pasca) : 0.40±0.12 logMAR; z=-5.21, p<0.001) selepas rehabilitasi. Purata kelajuan membaca meningkat sebanyak 48 % (kelajuan membacapra: 49.58±25.51 ppm; kelajuan membacapasca : 73.22±26.19 ppm; t(39)=16.67, p< 0.001). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan signifikan dalam skor soal selidik kendiri (soal selidik kendiripra : 1.72±0.83 logit; soal selidik kendiripasca: 2.12±1.25 logit; z=-5.129, p<0.001) dan skor pengukur prestasi (pengukur prestasipra: 0.82±0.30 logit; pengukur prestasipasca : 2.87±1.52 logit; z=-5.55, p<0.001) selepas 5 minggu rehabilitasi. Rehabilitasi penglihatan yang dilakukan dengan sistematik boleh meningkatkan keupayaan murid penglihatan terhad melakukan ADL. Peningkatan skor UKM-CHILD didapati konsisten dengan peningkatan parameter yang lain. Berdasarkan limitasi pada kajian ini, UKM-CHILD mempunyai kesahan kriteria yang baik dan boleh digunakan untuk mengukur keberkesanan rehabilitasi penglihatan.,Sarjana Sains Kesihatan (Optometri)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectRehabilitasi Penglihatan-
dc.subjectIndeks Activity of Daily Living-
dc.subjectPenglihatan terhad-
dc.subjectKanak-kanak-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titlePengukuran keberkesanan rehabilitasi penglihatan menggunakan Indeks Activity Of Daily Living Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-CHILD)-
dc.typetheses-
dc.format.pages163-
dc.identifier.callnoWW140.M952p 2018 9 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98753+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
570.87 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.