Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460473
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMazrura Sahani, Dr-
dc.contributor.authorNorshazira Umran (P70039)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:45Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:45Z-
dc.date.issued2017-03-08-
dc.identifier.otherukmvital:98684-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460473-
dc.descriptionPendedahan kepada benzena, toluena dan xilena (BTX) menyebabkan kesan kesihatan kepada manusia, bermula daripada iritasi mata kepada kesan karsinogenik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai dedahan BTX dan risiko kesihatan terhadap pekerja. Penilaian dijalankan di tiga industri; percetakan, elektrikal transformer dan penyelenggaraan di Lembah Klang. Rekabentuk kajian adalah irisan lintang dan survei pekerja dijalankan menggunakan borang soalselidik dengan penyertaan 69 pekerja (39 orang dan 30 orang pekerja masing-masing dari kumpulan terdedah dan kawalan). Persampelan udara peribadi dan dalaman industri dijalankan bagi penentuan kepekatan BTX menggunakan kaedah NIOSH 1501. Persampelan urin untuk penentuan biopenanda BTX iaitu masing-masing asid S-fenilmerkapturik (SPMA), asid t,t-mukonik (ttMA), asid hippurik dan asid metilhippurik dijalankan dengan kaedah NIOSH 8326 dan 8301. Risiko kanser benzena dikira menggunakan kaedah penilaian risiko kesihatan USEPA. Majoriti pekerja berusia antara 25-59 tahun (95.7%), lelaki (91.3%) dan berbangsa Melayu (97.1%). Min kepekatan BTX dalam udara peribadi pekerja terdedah dan kawalan masing-masing adalah (dalam unit ppm) 0.0043±0.0022 dan 0.0023±0.0013 (benzena), 0.0510±0.0229 dan 0.0279±0.0183 (toluena), 0.1332±0.0298 dan 0.0794±0.0421 (xilena). Min kepekatan BTX dalam udara dalaman di kawasan terdedah dan kawalan masing-masing adalah (dalam unit ppm) 0.0972±0.0028 dan 0.0867±0.0133 (benzena), 0.0715±0.0165 dan 0.0609±0.0152 (toluena), 0.2223±0.0430 dan 0.1183±0.0183 (xilena). Min kepekatan biopenanda BTX dalam urin pekerja terdedah dan kawalan masing-masing adalah 0.0219±0.0019 mg/g kreatinin dan 0.0095±0.0014 mg/g kreatinin (SPMA), 0.0181±0.0028 mg/g kreatinin dan 0.0042±0.0020 mg/g kreatinin (ttMA), 0.1809±0.0110 g/g kreatinin dan 0.0729±0.0098 g/g kreatinin (asid hippurik), 0.0325±0.0034 g/g kreatinin dan 0.0157±0.0022 g/g kreatinin (asid metilhippurik). Kepekatan biopenanda BTX menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pekerja terdedah dan kawalan (ujian t, p= 0.0001). Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara xilena dalam udara dalaman dengan asid metilhippurik dalam urin (r=0.785, p=0.029). Risiko kanser benzena sepanjang hayat kepada pekerja adalah 6.61 per 1,000,000 pekerja. Kesimpulannya, terdapat peningkatan kepekatan BTX dalam udara peribadi dan dalaman antara pekerja terdedah dan kawalan, dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepekatan biopenanda BTX antara pekerja terdedah dan kawalan. Langkah kawalan kepada pendedahan BTX perlu dipertingkatkan bagi meminimakan kesan kesihatan kepada pekerja.,Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBenzena-
dc.subjectToluena-
dc.subjectXilena-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titlePenilaian dedahan dan risiko kesihatan terhadap pekerja yang terdedah kepada benzena, toluena dan xilena di industri terpilih di Lembah Klang, Selangor-
dc.typetheses-
dc.format.pages110-
dc.identifier.callnoWA900.N863p 2017 9 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98684+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
268.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.