Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460471
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorimah A Karim, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorThirukkanesh a/l Sanvashivam (P57451)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:44Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:44Z-
dc.date.issued2013-07-18-
dc.identifier.otherukmvital:74663-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460471-
dc.descriptionStatus berat badan dan status ferum telah dikaitkan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan di antara status berat badan dan status ferum dengan fungsi kognitif kanak-kanak prasekolah. Seramai 964 kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun direkrut menggunakan persampelan rawak berperingkat dari prasekolah di seluruh Malaysia merangkumi zon Utara, Selatan, Tengah, Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Status sosiodemografi kanak-kanak ditentukan dengan borang soal-selidik status sosioekonomi (SES). Berat badan dan ketinggian diukur dan indeks jisim tubuh dikira kemudian dibandingkan dengan piawai WHO. Status pemakanan ditentukan menggunakan skor z berat-untuk-umur (WAZ), tinggi-untuk-umur (HAZ) dan indeks jisim tubuh-untuk-umur (BAZ). Profil darah merangkumi aras hemoglobin dan feritin serum ditentukan di kalangan subsampel seramai 207 kanak-kanak. Fungsi kognitif dinilai menggunakan Raven's Colored Progressive Matrices (R-CPM) dan skor mentah disesuaikan untuk umur dan dikategorikan kepada kategori rendah, sederhana dan tinggi. Min umur adalah 5.59 ± 0.74 tahun, berat 19.2 ± 4.9 kg dan tinggi 110.5 ± 6.9 cm. Prevalens kebantutan adalah 7.8% (n=75), kekurangan berat badan 8.7% (n=83), kesusutan 4.7% (n=45), berlebihan berat badan 9.1% (n=87) dan obes adalah 10.0% (n=96). Min aras hemoglobin dan feritin adalah masing-masing 126 ± 9 g/L and 46 ± 24 μg/L. Prevalens anemia ialah 9.7% (n=20) manakala kekurangan ferum ialah 3.9% (n=9). Kebanyakkan kanak-kanak dikategorikan sebagai mempunyai fungsi kognitif sederhana (n=376; 39.0%), dan tinggi (n=357; 37.0%) dan selebihnya rendah (n=231; 24.0%). Skor kognitif yang lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) ditunjukkan oleh kanak-kanak mengikut bangsa (Cina), jenis prasekolah (swasta), tahap pendidikan ibu bapa (peringkat pengajian tinggi), pendapatan isi rumah (>RM5600), tabiat merokok bapa (tidak merokok), berat lahir (>2500g), bilangan anak dalam keluarga (≤ 2 orang) dan status anemia (tidak mengalami anemia). WAZ berkait secara signifikan dengan fungsi kognitif (χ2=7.137; p<0.05). Kanak-kanak kekurangan berat badan dan terbantut masing-masing mempunyai Odd 1.71 dan 1.89 kali untuk memperoleh skor kognitif yang rendah berbanding kanak-kanak yang tidak mengalaminya. Aras hemoglobin (r=0.183; p<0.01) didapati berkorelasi secara signifikan dengan skor fungsi kognitif selepas dikawal untuk umur dan jantina. Bilangan anak dalam keluarga (r=-0.150; p<0.001) dan pendapatan isi rumah (r=0.160; p<0.001) juga berkorelasi secara signifikan terhadap skor kognitif kanakkanak. Dalam meramal faktor yang menyumbang kepada fungsi kognitif, hanya aras hemoglobin, bangsa Melayu atau India dan tahap pendidikan bapa kekal signifikan (R2=0.160, p<0.05). Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan di antara status berat badan dan ferum dengan fungsi kognitif kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Oleh itu, langkah intervensi dan strategi promosi yang sewajarnya merangkumi pengambilan ferum perlu diambil dalam meningkatkan perkembangan kognitif dan kesihatan kanak-kanak prasekolah di Malaysia secara amnya.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBerat badan-
dc.subjectFerum-
dc.subjectKognitif-
dc.subjectKanak-kanak prasekolah-
dc.subjectMalaysia-
dc.subjectObesity-
dc.subjectChildren -- Malaysia-
dc.titleHubungan status berat badan dan status ferum dengan fungsi kognitif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages181-
dc.identifier.callnoWD210.T447h 2013 9-
dc.identifier.barcode000855-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74663+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.