Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460470
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRozilawati Ahmad, Dr.
dc.contributor.authorSanthekumari a/p Sithamparam (P75377)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:43Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:43Z-
dc.date.issued2017-01-20
dc.identifier.otherukmvital:98658
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460470-
dc.descriptionRawatan radioterapi kanser rektum sering dikaitkan dengan kesan sampingan akut dan kesan sampingan lewat pada usus kecil. Kesan sampingan ini dapat dikurangkan dengan merawat pesakit dengan pundi kencing yang penuh kerana pundi kencing ini akan menolak usus kecil ke arah superior dan keluar daripada isipadu rawatan. Walaubagaimapun, menurut beberapa kajian lepas, pengekalan isipadu pundi kencing yang seragam dan penuh sepanjang lima minggu rawatan radioterapi adalah sukar dicapai. Oleh itu, suatu protokol pengisian pundi kencing yang efektif diperlukan. Kajian ini melibatkan 44 orang pesakit kanser rektum di Jabatan Radioterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur. Kajian ini dilakukan secara dua peringkat melibatkan dua kumpulan pesakit iaitu kawalan dan kajian. Dalam kumpulan kawalan seramai 22 orang pesakit diambil dan protokol pengisian pundi kencing sedia ada jabatan digunakan. Protokol pengisian pundi kencing sedia ada jabatan memerlukan pesakit minum 200 ml air dan penerangan mengenai protokol ini diberi secara lisan kepada pesakit. Manakala dalam kumpulan kajian seramai 22 orang pesakit diambil dan protokol pengisian pundi kencing yang baharu diperkenalkan. Protokol pengisian pundi kencing yang baharu memerlukan pesakit minum 500 ml air, pesakit diberi penerangan bertulis mengenai protokol pengisian pundi kencing dan imbasan ultrabunyi dilakukan ke atas pesakit setiap hari sebelum rawatan. Keberkesanan kedua protokol ditentukan dengan menilai purata perubahan isipadu pundi kencing dalam setiap kumpulan pesakit, perubahan isipadu pundi kencing bagi setiap pesakit dan insiden diarea. Penurunan isipadu pundi kencing sepanjang rawatan bagi kumpulan kawalan adalah signifikan (p=0.007) iaitu sebanyak 18% dan bagi kumpulan kajian juga signifikan (p=0.001) iaitu sebanyak 24%. Terdapat perbezaan purata isipadu pundi kencing yang signifikan (p=0.001) di antara kumpulan kawalan dan kumpulan kajian. Perubahan isipadu pundi kencing bagi setiap pesakit dalam kumpulan kajian lebih rendah berbanding kumpulan kawalan. Kesan sampingan diarea lebih rendah bagi pesakit dalam kumpulan kajian berbanding kawalan (p=0.001). Kesimpulannya isipadu pundi kencing menurun dalam kedua kumpulan kawalan dan kajian, protokol pengisian pundi kencing baharu dalam kumpulan kajian mengurangkan perubahan isipadu pundi kencing bagi setiap pesakit dan mengurangkan diarea berbanding protokol pengisian pundi kencing sedia ada.,Sarjana Sains Kesihatan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectRadioterapi
dc.subjectKanser rektum
dc.subjectUsus kecil
dc.subjectPundi kencing
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleProtokol pengisian pundi kencing efektif bagi rawatan radioterapi konformal kanser rektum dalam mengurangkan ketoksikan usus kecil
dc.typetheses
dc.format.pages96
dc.identifier.callnoWN250.5.R2.S234p 2017 9
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98658+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
390.05 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.