Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460468
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHidayatulfathi Othman, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNurul Azimah Jemain (P70040)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:42Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:42Z-
dc.date.issued2017-10-23-
dc.identifier.otherukmvital:98653-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460468-
dc.descriptionKajian ini dilakukan bagi menentukan kesan suhu dan kepadatan terhadap kadar pertumbuhan dan kelangsungan hidup vektor denggi di dalam dan luar makmal. Environmental chamber digunakan bagi mengawal bacaan suhu sekata yang digunakan iaitu 24±1°C, 27±1°C, 29±1°C dan 34±1°C. Bagi melihat kesan pertumbuhan terhadap suhu persekitaran, kajian dilakukan pada suhu bilik 25.5±1°C di dalam makmal. Perubahan tingkah laku nyamuk Aedes aegypti dicatatkan bagi setiap suhu yang dikaji. Bagi melihat kesan kepadatan, larva diletakkan di bawah dua pemerhatian, iaitu secara individu (seekor larva) yang dimasukkan ke dalam bekas plastik berisi 5mL air dan secara berkumpulan (50 ekor larva) yang dimasukkan ke dalam bekas plastik berisi 250mL air. Bekas plastik yang mempunyai kepadatan yang berlainan didedahkan kepada suhu 24±1°C, 27±1°C, 29±1°C dan 34±1°C dan suhu bilik (25.5±1°C). Sangkar diperiksa setiap hari bagi merekod kematian nyamuk pada peringkat larva, pupa dan nyamuk dewasa. Selepas 24j, suhu 29±1°C mencatatkan 100% kadar penetasan telur nyamuk. Kadar penetasan berkurangan menjadi 98%, 94%, dan 92.67% masingmasing pada suhu 27±1°C, 24±1°C dan suhu bilik (25.5±1°C). Kadar penetasan menurun menjadi 86.67% pada suhu 34±1°C selepas 24j. Aedes aegypti yang didedahkan pada suhu 29±1°C mempunyai masa pertumbuhan yang paling singkat iaitu (10.05 hari ± 0.90) berbanding suhu yang lain. Nyamuk Aedes aegypti mencatatkan kematian yang tinggi pada suhu 34±1°C (60%) berbanding suhu 24±1°C yang mencatatkan kadar kematian yang paling rendah (19.33%). Kadar kelangsungan nyamuk Aedes aegypti mempunyai perbezaan yang signifikan apabila didedahkan pada suhu yang berbeza, χ2(4) = 94.01, p < 0.05. Suhu dan kepadatan yang berbeza memberi interaksi yang signifikan kepada kadar kelangsungan hidup nyamuk Aedes aegypti, F (4, 20) = 3.86, p = 0.02. Kesimpulannya, pertambahan suhu boleh meningkatkan kadar kematian nyamuk dan mempercepatkan kadar pertumbuhan nyamuk Aedes aegypti di dalam dan luar makmal.,Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDenggi-
dc.subjectAedes aegypti-
dc.subjectNyamuk-
dc.subjectSuhu-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian pertumbuhan dan perkembangan nyamuk aedes aegypti terhadap perbezaan suhu dan kepadatan di dalam makmal-
dc.typetheses-
dc.format.pages68-
dc.identifier.callnoQX525.N974k 2017 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98653+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
236.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.