Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460465
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Arimi Fitri Mat Ludin, Dr. | |
dc.contributor.author | Lau Hui Jin (P75051) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:41Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:41Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-06 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98007 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460465 | - |
dc.description | Perkembangan populasi warga emas menarik perhatian ramai penyelidik terhadap konsep penuaan berjaya. Vitamin D, kecergasan fizikal dan penanda biologi terpilih seperti kerosakan DNA, faktor neurotrofik terbitan otak (BDNF) dan panjang telomer dikaitkan dengan fungsi kognitif. Namun demikian, kajian tentang hubungan antara pelbagai faktor tersebut dengan kumpulan penuaan kognitif berjaya dan tidak berjaya adalah sangat terhad. Oleh itu, kajian dijalankan bagi mengenalpasti faktor neuroprotektif bagi kemerosotan fungsi kognitif. Seramai 300 orang warga emas berumur 60 tahun dan ke atas direkrut dengan kaedah persampelan rawak berbilang tingkat melalui kajian hirisan lintang berasaskan populasi di negeri Selangor, Perak dan Kelantan. Subjek dikategorikan ke dalam tiga kumpulan penuaan iaitu Kecelaan Kognitif Ringan (MCI) (n = 50), Penuaan Biasa (UA) (n = 50) dan Penuaan Berjaya (SA) (n = 50) berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Kecergasan fizikal termasuk kecergasan kardiorespiratori, kekuatan otot, keseimbangan dan kelenturan diukur melalui pelbagai ujian kecergasan fizikal. Pengambilan vitamin D pula dinilai melalui borang soal selidik sejarah diet (DHQ). Sampel darah diambil untuk pengukuran aras serum vitamin D, plasma BDNF dan aktiviti enzim telomerase. Panjang telomer darah penuh diukur dengan kaedah RT-PCR. Sampel sel bukal pula digunakan bagi penentuan aberasi kromosom melalui asai mikronukleus. Didapati bahawa min semua parameter kecuali chair-sit-and-reach, telomerase and kehadiran mikronukleus, adalah lebih tinggi dalam kumpulan penuaan berjaya, berbanding dengan penuaan biasa dan MCI. Selepas dikawal dari segi faktor umur, jantina, tahun pendidikan dan status merokok, didapati aras serum vitamin D [OR: 0.96, 95% C.I: 0.93-0.99, p < 0.05] dan plasma BDNF [OR: 0.41, 95% C.I: 0.30-0.99, p < 0.05] yang lebih tinggi serta telomer yang lebih panjang [OR: 0.97, 95% C.I: 0.93-0.99, p < 0.01], menurunkan risiko MCI. Oleh itu, kajian intervensi diperlukan untuk mengkaji kesan vitamin D terhadap penanda biologi penuaan dan juga kemerosotan fungsi kognitif bagi tujuan promosi penuaan sihat dalam kalangan warga emas.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Warga emas | |
dc.subject | Penuaan | |
dc.subject | Vitamin D | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengenalpastian hubungan antara faktor neuroprotektif dengan penuaan berjaya dan risiko kemerosotan fungsi kognitif warga emas Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 133 | |
dc.identifier.callno | WA20.5.L366p 2017 9 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98007+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 258.68 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.