Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460459
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Fadilah Rajab, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMunirah Ahmad Munawar (P68816)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:38Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:38Z-
dc.date.issued2017-04-25-
dc.identifier.otherukmvital:97379-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460459-
dc.descriptionNeuroinflamasi merupakan insiden yang selalunya berlaku pada penyakit kronik neurodegeneratif sistem saraf pusat. Peningkatan tekanan oksidatif oleh pembebasan berlebihan spesies oksigen dan nitrogen reaktif (ROS dan RNS) berupaya menggalakkan kerosakan neuron dan seterusnya mengakibatkan neurodegenerasi. Kajian ke atas haiwan dan manusia telah menunjukkan bahawa buah-buahan kaya polifenol dapat memberikan kesan baik dalam pelbagai penyakit degeneratif. Walau bagaimanapun, hanya sedikit penyelidikan tentang keberkesanan buah-buahan ini kepada kesihatan diketahui terutamanya sebagai agen perlindungan neuro. Oleh itu, kesan jus campuran buah-buahan tropika (iaitu buah delima, jambu batu putih dan roselle) kepada perubahan tingkah laku, parameter biokimia dan histologi disebabkan oleh neurotoksisiti telah dikaji dalam tikus model teraruh β-amiloid selepas rawatan selama enam minggu. Sebanyak 40 ekor tikus Wistar jantan dibahagikan kepada lima kumpulan; terdiri daripada dPBS (kawalan operasi sham), dAβ (kawalan β-amiloid), JPBS (PBS dan jus campuran buah-buahan tropika), JAβ (β-amiloid dan jus campuran buah-buahan tropika) dan IBFAβ (β-amiloid dan Ibuprofen). Suplementasi dengan jus campuran buah-buahan tropika dan Ibuprofen dilakukan setiap hari selama empat minggu secara oral gavaj pada dos 5 ml/kg BW dan 10 ml/kg BW masing-masing, diikuti dengan suntikan β-amiloid (0.1 ml/mg) secara intraserebroventrikular selama dua minggu. Dalam ujian tingkah laku open field test (OFT) dan novel object recognition (NOR), hanya terdapat kesan perbezaan sela masa diperhatikan selepas infusi β-amiloid pada 7 hari berbanding 14 hari; iaitu F (1, 7) = 6.940, p<0.05 dan F (1, 7) = 7. 152, p<0.05. Selain itu, didapati kepekatan hormon pelepas kortikotropin (CRH) adalah rendah dalam plasma kumpulan JAβ secara signifikan (p<0.01) menjelaskan aras hormon yang mengawal kemurungan adalah rendah dengan nilai 244.88 pg/ml berbanding kawalan (792.4 pg/ml). Malahan, aras pengekspresan protein nitrik oksida sintase teraruh (iNOS) berkurang secara signifikan (p<0.01) dengan nilai 63.98 % pada otak kumpulan JAβ berbanding kawalan dAβ (131.59 %). Namun, tidak terdapat perubahan signifikan ke atas aras pengekspresan protein siklooksigenase-2 (COX-2). Pemerhatian histologi dalam cornus ammonis (CA1) hipokampus pula mendapati bilangan neuron meningkat (p<0.05) dalam kumpulan JAβ berbanding kawalan. Ini menunjukkan suplementasi jus campuran buah-buahan tropika berkesan dalam mengurangkan kerosakan dan pengecutan sel neuron di samping melindungi otak daripada neuroinflamasi oleh β-amiloid dengan pengurangan pengantara inflamatori iNOS. Justeru, jus campuran buah-buahan tropika berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen pelindungan neuro bagi pencegahan penyakit kronik neurodegeneratif.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNeuroinflamasi-
dc.subjectNeurodegeneratif-
dc.subjectSistem saraf pusat-
dc.subjectPolifenol-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan supplementasi jus campuran tropika terhadap perubahan tingkah laku, parameter biokimia dan histologi tikus teraruh neurotoksisiti-
dc.typetheses-
dc.format.pages164-
dc.identifier.callnoWL358.5.M966k 2017 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97379+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
395.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.