Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460453
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Poh Bee Koon, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Ong Shwu Chen (P54662) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:35Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:35Z | - |
dc.date.issued | 2015-09-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:97256 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460453 | - |
dc.description | Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak didapati semakin meningkat di Malaysia. Perbezaan tingkah laku makan individu telah dikaitkan dengan masalah berat badan di kalangan kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesahan konstruk Children Eating Behavior Questionnaire (CEBQ) yang dilaporkan oleh ibu bapa dan kanak-kanak sendiri serta membandingkan hubungan tingkah laku makan dengan status berat badan kanak-kanak. Seramai 510 kanak-kanak daripada empat zon di Malaysia, dengan min umur 11.02 ± 0.86 tahun mengambil bahagian dalam kajian ini. Borang CEBQ dilengkapkan oleh ibu bapa dan kanak-kanak masing-masing. Pengukuran antropometri termasuk ketinggian dan berat badan. Status berat badan ditentukan mengikut rujukan pertumbuhan IJT-bagi-umur WHO. Seramai 46 orang (9.0%) didapati kekurangan berat badan, 286 (56.1%) mempunyai berat badan yang normal dan 178 orang (34.9%) mempunyai berat badan berlebihan dan obes. Analisis faktor pemastian menunjukkan kesahan konstruk yang baik bagi CEBQ yang dilengkapkan oleh ibu bapa selepas memadamkan tiga item (χ2/df relatif= 2.22, CFI=0.91, RMR=0.07, GFI=0.90, AGFI=0.90, RMSEA= 0.05). Empat item dipadamkan untuk memperbaiki keputusan CFA yang dilaporkan oleh kanak-kanak (χ2/df relatif= 1.98, CFI=0.91, RMR=0.08, GFI=0.91, AGFI=0.90, RMSEA= 0.04). Hasil linear regression menunjukkan semua skala CEBQ kecuali kehendak minum (DD) dan pemakanan secara emosional dalam CEBQ yang dilaporkan oleh ibu bapa meramalkan IJT-z skor secara signifikan dengan menjelaskan varians sebanyak 5.0 - 10.3% manakala untuk CEBQ yang dilaporkan oleh kanak-kanak, tiada skala CEBQ didapati signifikan dalam meramalkan adipositi kanak-kanak. Kumpulan berat badan berlebihan dan obes mendapat skor yang tinggi secara signifikan dalam skala yang menggalakkan pemakanan dalam CEBQ yang dilaporkan oleh ibu bapa tetapi bukannya kanak-kanak. Kajian ini menunjukkan CEBQ yang dilaporkan oleh ibu bapa adalah sah dalam mengkaji hubungan antara tingkah laku makan dan IJT. Walaubagaimanapun, CEBQ yang dilaporkan oleh kanak-kanak adalah kekurangan dari segi validiti konstruk di mana kanak-kanak obes mungkin tidak jujur dalam melaporkan tingkah laku mereka disebabkan imej badan dan perasaan rendah diri. Dengan memahami hubungan antara tingkah laku makan kanak-kanak dengan status berat badan, intervensi yang berkesan dapat dilakukan untuk menangani masalah obesiti sewaktu zaman kanak-kanak di Malaysia.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Obesiti | - |
dc.subject | Children Eating Behavior Questionnaire | - |
dc.subject | Kanak-kanak | - |
dc.subject | Tingkah laku makan (CEBQ) | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Validiti konstruk borang soal selidik tingkah laku makan (CEBQ) serta hubungannya dengan status berat badan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 200 | - |
dc.identifier.callno | WS115.O58v 2015 9 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97256+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 132.62 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.