Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460444
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuzita Abd Talib, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorFatihah binti Fadil (P58583)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:31Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:31Z-
dc.date.issued2016-04-20-
dc.identifier.otherukmvital:96819-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460444-
dc.descriptionKajian hirisan lintang ini dijalankan untuk menentukan status serum vitamin D, prevalens hipovitaminosis D dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi status serum vitamin D serta kesannya ke atas status kesihatan tulang dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-12 tahun di Malaysia. Seramai 612 orang kanak-kanak (301 lelaki, 311 perempuan) telah terlibat dalam kajian ini. Subjek terdiri daripada 45.4% Melayu, 26.0% Cina, 10.1% India, 9.2% bumiputera Sabah, 8.3% bumiputera Sarawak dan 1.0% Orang Asli. Pengukuran antropometri terdiri daripada berat badan, tinggi, dan indeks jisim tubuh (IJT) dikira. Serum 25-hidroksivitamin D dianalisis dengan menggunakan prinsip analisis immunochemiluminescence (Diasorin Liaison). Aras serum 25(OH)D yang kurang daripada 50.0nmol/L didefinisikan sebagai hipovitaminosis D; di mana nilai serum 25(OH)D di antara 37.5nmol/L dan 50.0nmol/L ditakrifkan sebagai kekurangan vitamin D sederhana; dan kekurangan vitamin D teruk ditakrifkan apabila nilai serum 25(OH)D sama atau kurang daripada 37.5nmol/L. Pengambilan dietari vitamin D dianggarkan dengan menggunakan borang soal selidik kekerapan makanan (FFQ). Skor aktiviti fizikal ditentukan daripada borang soal selidik aktiviti fizikal. Manakala, tempoh masa pendedahan kepada cahaya matahari pula ditentukan menggunakan soal selidik kekerapan pendedahan kepada cahaya matahari. Status kesihatan tulang dinilai dengan menggunakan Sunlight Omnisense 8000P Bone Densitometer untuk mengukur speed of sound (SOS) melalui tisu tulang pada posisi satu per tiga distal radius bagi tangan tidak dominan. Majoriti ibubapa berpendidikan sehingga peringkat sekolah menengah, dan mempunyai min pendapatan keluarga sebanyak RM3205 ± 167. Purata umur subjek adalah 10.0±0.1 tahun. Purata berat, tinggi dan IJT subjek adalah 33.8±11.9 kg, 1.35±0.10 m dan 17.9±4.4 kg/m², masing-masing. Terdapat seramai 60.3% subjek yang mempunyai berat badan normal, 8.7% mengalami kekurangan berat badan, 14.5% berlebihan berat badan dan 16.5% subjek adalah obes. Purata serum 25(OH)D dalam kalangan subjek adalah 52.3±18.5 nmol/L; di mana lelaki mempunyai jumlah serum vitamin D yang lebih tinggi secara signifikan (57.5±18.8 nmol/L) berbanding perempuan (47.2±16.9 nmol/L) (p<0.05). Hampir separuh daripada kanak-kanak mengalami hipovitaminosis D (49.7%) dengan jumlah nisbah kekurangan vitamin D sederhana (28.4%) dan kekurangan vitamin D teruk (21.3%) yang hampir sama. Nilai SOS bagi keseluruhan subjek kajian adalah 3571±499 m/s; di mana sebanyak 96.2% daripada jumlah keseluruhan subjek kajian mempunyai status kesihatan tulang yang baik (>-1 skor Z). Dalam model multivariasi, aras serum 25(OH)D didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pengambilan dietari vitamin D (OR 2.9, 95% CI 1.5,12.4 bagi pengambilan >5μg/hari) dan tempoh masa pendedahan kepada cahaya matahari (OR 1.3, 95% CI 1.1,9.2 bagi pendedahan >30 minit). Tiada perkaitan signifikan di antara nilai serum 25(OH)D dengan faktor sosiodemografi dan status kesihatan tulang. Hasil kajian ini menunjukkan kadar prevalens kekurangan vitamin D yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Peningkatan jumlah masa pendedahan kepada cahaya matahari dan jumlah pengambilan dietari vitamin D mampu mencegah masalah kekurangan vitamin D dalam kalangan kanak-kanak.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectVitamin D-
dc.subjectTulang-
dc.subjectKanak-kanak-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleStatus vitamin D dan faktor yang mempengaruhinya serta kesannya ke atas status kesihatan tulang dalam kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages179-
dc.identifier.callnoWS20.F253s 2016 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96819+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
263.06 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.