Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460431
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Baharudin Bin Omar, Profesor Dr. | |
dc.contributor.author | Selvanesan Sengol (P49828) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:25Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:25Z | - |
dc.date.issued | 2012-07-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84870 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460431 | - |
dc.description | Terdapat beberapa reovirus baharu telah dipencil di Malaysia, khususnya Orthoreovirus seperti Kampar virus, Melaka virus dan Pulau virus yang disebarkan oleh keluang dan menjangkiti sistem pernafasan manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ultrastruktur Orthoreovirus serta mengkaji kesan sitopatik pada kultur sel yang dijangkiti oleh Orthoreovirus, disamping memperkenalkan satu kaedah baharu dalam penyediaan sampel untuk kajian mikroskopi elektron. Dua kaedah digunakan dalam proses penyediaan sampel untuk kajian mikroskopi elektron iaitu kaedah pewarnaan kontras negatif untuk mengenalpasti ultrastruktur serta mengukur saiz virus dan kaedah pewarnaan kontras positif untuk mengkaji perubahan pada sel Vero dan sel Madin-Darby canine kidney (MDCK) yang dijangkiti virus. Orthoreovirus yang dikaji adalah berbentuk simetri ikosahedral tetapi mempunyai purata saiz diameter keseluruhan dan saiz diameter teras dalaman yang berbeza. Purata saiz diameter keseluruhan Kampar virus adalah 86.52+ 0.62nm, berbanding dengan Pulau virus, 89.86 + 0.57nm (p<0.05). Saiz diameter keseluruhan Melaka virus ialah 88.24 + 0.76nm dan tidak menunjukkan perbezaan saiz yang signifikan antara virus lain yang dikaji. Purata saiz diameter teras dalaman ketiga jenis virus pula adalah antara 42nm hingga 65nm. Kajian ke atas kultur sel yang dijangkiti oleh Orthoreovirus menunjukkan kesan sitopatik yang serupa bagi jangkitan ketiga-tiga virus tersebut. Penggabungan sel-sel berlaku pada awal jangkitan sehingga sel mati. Mikrograf elektron menunjukkan sel yang dijangkiti virus mengalami perubahan ultrastruktur pada sitoplasma sel serta dipenuhi vakuol. Bilangan mitokondria yang membesar bertambah serta bervakuol. Kaedah baharu dalam penyediaan grid formvar menunjukkan kaedah grid formvar diubah suai (MFG) adalah lebih mudah untuk disediakan dan jimat kos. Kaedah MFG dan kaedah grid formvar piawai (SFG) yang disediakan segar beberapa minit sebelum kaedah perwarnaan kontras negatif lebih hidrofilik berbanding MFG dan SFG disedia dan disimpan di dalam kotak grid plastik selama seminggu dan grid formvar dibeli secara kemersial (CFG). Kaedah pewarnaan kontras negatif telah diubah suai, tempoh pelekatan sampel dan pewarnaan logam berat 2% asid fosfotungstik pada grid dipendekkan daripada 30 minit kepada 1 minit. Kajian mikrograf elektron ke atas zarah Pulau virus menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada purata bilangan zarah virus yang terlekat pada pelbagai jenis grid yang telah disediakan. Purata bilangan zarah virus pada setiap lubang MFG yang disediakan segar ialah 252.04 + 7.64, iaitu lebih tinggi berbanding dengan SFG, 156.90 + 5.83, (p<0.05). Purata bilangan zarah virus pada MFG yang disimpan dalam kotak grid plastik untuk tempoh satu minggu ialah 61.96 + 2.76, berbanding SFG 46.40 + 2.07, (p<0.05). Kandungan zarah virus yang sangat rendah didapati pada CFG iaitu dengan purata 16.64 + 1.04, (p<0.05) pada setiap lubang grid berbanding dengan MFG dan SFG. Dirumuskan kajian ini telah menunjukkan dengan jelas kesan sitopatik pada kultur sel yang dijangkiti Orthoreovirus di samping memperjelaskan morfologi dan ultrastruktur virus tersebut. Kaedah penyediaan sampel yang diperkenalkan adalah amat sesuai bagi mengenalpasti ultrastruktur virus terutamanya Orthoreovirus yang baharu.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Orthoreovirus | |
dc.subject | Genetik | |
dc.subject | Mamalian Orthoreovirus | |
dc.subject | genetics | |
dc.subject | laboratory animals | |
dc.title | Ultrastruktur orthoreovirus baharu (Kampar virus, Melaka virus dan Pulau virus)yang dipencil daripada haiwan mamalia di Malaysia dan kesan sitopatiknya pada kultur sel | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 96 | |
dc.identifier.callno | QY60.M2S469u 2011 9 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002020 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84870+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.