Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460430
Title: | Respons otak terhadap ingatan bekerja aritmetik dalam keadaan senyap dan hingar |
Authors: | Aini Ismafairus Abd Hamid (P47420) |
Supervisor: | Ahmad Nazlim Yusoff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Aritmetik Brain mapping Malay ethnic |
Issue Date: | 1-Sep-2011 |
Description: | Meskipun telah banyak penyelidikan dilakukan dalam mengkaji bagaimana otak manusia bekerja, hanya sedikit diketahui mengenai suatu fungsi istimewa otak yang menyimpan dan memanipulasi maklumat, iaitu ingatan bekerja dan bagaimana hingar mempengaruhi kebolehan istimewa ini. Oleh itu, kajian ini dapat memberikan maklumat sama ada hingar mempengaruhi keluasan, ketinggian isyarat dan kehubungan efektif kawasan pengaktifan terlibat. Dalam kajian ini, teknik pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) telah digunakan untuk mengkaji respons otak terhadap ingatan bekerja aritmetik dalam senyap dan dalam hingar. Seramai lapan belas orang subjek lelaki Melayu sihat dominan tangan kanan dengan purata umur 23.0±2.5 tahun dan aras pendengaran tidak melebihi 20 dB bagi kedua-dua telinga pada frekuensi oktaf 250-8000 Hz mengambil bahagian dalam kajian ini. Subjek melakukan operasi penambahan dan penolakan mudah dalam senyap dan hingar semasa imbasan fMRI. Perisian Pemetaan Statistik Berparameter (SPM), Marsbar- 0.42 dan Pemodelan Dinamik Penyebab (DCM) yang berasaskan Matlab digunakan untuk menganalisis data fMRI untuk menentukan keluasan pengaktifan, peratus perubahan isyarat (PSC) dan kehubungan efektif di antara kawasan auditori, ingatan bekerja dan pemprosesan pengiraan matematik untuk memproses secara eksekutif operasi penambahan dan penolakan dalam senyap dan hingar. Girus temporal superior (STG), lobus parietal inferior (IPL) dan girus frontal tengah (MFG) pada hemisfera kiri dan kanan kemudiannya dipilih sebagai kawasan yang diminati (ROIs) untuk analisis selanjutnya. Dengan mengandaikan masukan adalah pada STG, 196 model dinamik penyebab linear dan tak linear dibina, dianggar dan dibandingkan dengan menggunakan DCM dan Pemilihan Model Bayesian (BMS). Kehubungan efektif pada hemisfera kiri dan kanan dianalisis secara berasingan. Keputusan kumpulan menunjukkan bahawa operasi penambahan dan penolakan mencetuskan pengaktifan dwilateral pada korteks auditori, lobus frontal dan lobus parietal pada aras keertian tidak diperbetulkan (p <0.001). Kesemua ROI menunjukkan kawasan pengaktifan yang lebih luas dalam hingar berbanding dalam senyap untuk kedua-dua operasi penambahan dan penolakan. Nilai PSC bagi kesemua ROI pula adalah lebih tinggi pada hemisfera kanan berbanding hemisfera kiri untuk kedua-dua operasi dalam senyap dan dalam hingar. Perbandingan antara kumpulan model dwilinear dan tak linear untuk operasi penambahan dan penolakan di hemisfera kiri dan kanan memilih jenis model dwilinear. Perbandingan model selanjutnya yang dilakukan ke atas jenis model dwilinear menunjukkan pilihan model yang sama iaitu model dengan kehubungan efektif selari STGMFGIPL dan STGIPL (STG sebagai input hingar) di hemisfera kiri dan kanan semasa operasi penambahan dan di hemisfera kanan semasa operasi penolakan. Hingar didapati mempengaruhi kehubungan MFG→IPL. Walau bagaimanapun, untuk operasi penolakan di hemisfera kiri pula memilih model kehubungan STGIPLMFG and STGMFG (STG sebagai input hingar) dengan hingar memodulasi kehubungan IPLMFG. Penemuan menunjukkan bahawa tugas arithmetik mudah seperti pemprosesan nombor memerlukan penglibatan perhatian, ingatan kerja dan proses eksekutif matematik. Kehubungan bagi kedua-dua operasi penambahan dan penolakan seakan dimodulasi oleh keadaan latarbelakang.,Master / Sarjana |
Pages: | 232 |
Call Number: | WL141.A597r 2011 9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84866+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.