Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460426
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruzita Abd. Talib, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Devanthini Dewi Gunasekaran (P77831) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:22Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:22Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-18 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84769 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460426 | - |
dc.description | Secara global, prevalens berlebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak kian meningkat dengan mendadak kebelakangan ini. Langkah pencegahan yang berkesan perlu diambil seawal peringkat kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program pendidikan pemakanan dengan intervensi pemakanan dan aktiviti fizikal dalam memperbaiki status antropometri, tahap pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) pemakanan, tahap aktiviti fizikal serta pengambilan makanan dalam kalangan kanak-kanak yang berlebihan berat badan dan obes. Program Juara Sihat™ ini berbentuk eksperimen kuasi serta dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu pra-intervensi, pelaksanaan program intervensi dan pos-intervensi. Seramai 106 orang subjek yang berumur 9-11 tahun dari dua buah sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan kluster (kumpulan intervensi = 55 orang; kumpulan kawalan = 51 orang). Data pra-intervensi (M0) diambil iaitu sosiodemografi, antropometri, KAP, dietari dan aktiviti fizikal sebelum program intervensi bermula. Program pendidikan pemakanan yang dijalankan merangkumi pemakanan sihat, aktiviti fizikal dan modifikasi tingkah laku. Program intervensi ini dijalankan seminggu sekali selama 12 minggu dan hanya melibatkan kumpulan intervensi sahaja, manakala kumpulan kawalan tidak menerima sebarang pendidikan pemakanan. Kemudian, data pos-intervensi dikumpulkan selepas tiga bulan (M1) dan enam bulan (M2) tamat program intervensi, serta melibatkan pengukuran semula ukuran hasil subjek intervensi dan kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa skor-z IJT, ukur lilit pinggang dan peratus lemak tubuh dalam kumpulan intervensi menurun dengan signifikan (p<0.05) pada M1. Namun, hasil M2 mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam ukuran antropometri. Manakala bagi kumpulan kawalan, terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) dalam ukur lilit pinggang dan peratus lemak tubuh. Hasil kajian juga mendapati terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) dalam skor KAP pemakanan daripada M0 sehingga M2 bagi kumpulan intervensi. Walau bagaimanapun, tiada perubahan yang signifikan dalam skor KAP bagi kumpulan kawalan. Berlakunya penurunan nilai pengambilan tenaga, makronutrien dan peningkatan sesetengah mikronutrien bagi subjek kumpulan intervensi daripada M0 sehingga M2. Dari segi corak aktiviti fizikal pula, terdapat peningkatan yang positif bagi kumpulan intervensi pada M1 dan M2 berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menunjukkan kesan interaksi signifikan ke atas skor-z IJT, ukur lilit pinggang, skor pengetahuan dan skor sikap pemakanan, serta pengambilan serat kasar. Maka, program Juara Sihat™ ini sesuai digunakan dalam program pendidikan kesihatan bagi kanak-kanak berlebihan berat badan dan obes di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun, penambahbaikan program pendidikan pemakanan perlu dilakukan sebelum implementasi dalam intervensi berskala besar bagi menjamin kelestarian program.,Sarjana Sains Kesihatan (Pemakanan) | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Obesiti | |
dc.subject | Kanak-kanak | |
dc.subject | Aktiviti Fizikal | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Juara sihat™ : keberkesanan program pendidikan pemakanan dan aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah yang berlebihan berat badan dan obes | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 280 | |
dc.identifier.callno | WS115.D488j 2017 9 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84769+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 334.57 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.