Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460424
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Prof. Madya Dr. Nor Fadilah Rajab, Prof. Madya. Dr. Chan Kok Meng dan Prof. Dr. Salmaan Hussain Inayat-Hussain | - |
dc.contributor.author | Heng Kai Yen (P58570) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:21Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:21Z | - |
dc.date.issued | 2015-04-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84766 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460424 | - |
dc.description | Kanser pundi kencing merupakan kanser ke-6 yang kerap terjadi di kalangan lelaki di Malaysia. Kajian klinikal telah melaporkan sebanyak 70% kanser primer pundi kencing berasal dari bahagian orifis ureter yang mengekspres gen Selective Alzheimer's Disease Indicator -1 (Seladin-1) yang tinggi. Seladin-1 telah dilaporkan bersifat anti-apoptotik pada pesakit Alzheimer, namun peranannya dalam kanser masih kurang dilaporkan. Goniotalamin merupakan kompaun semula jadi yang diekstrak daripada Goniothalamus sp. dan telah dibukti mengaruh apoptosis pada pelbagai sel kanser melalui penjanaan spesies oksigen reaktif (ROS), kerosakan DNA dan pengaktifan caspase yang mengaruh apoptosis berperantaraan mitokondria. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji mekanisme sitotoksisiti aruhan goniotalamin pada sel kanser pundi kencing RT4 bagi mengenalpasti penglibatan Seladin-1 dan HIF1-α dalam tapak jalan apoptosis. Hasil kajian menunjukkan goniotalamin bersifat sitotoksik terhadap sel RT4 dengan nilai IC50 60 µM selepas rawatan 24 jam. Seterusnya, mod kematian sel ditentukan dengan asai Annexin V-FITC/PI dan apoptosis telah dikesan pada jam 2 & 4 dengan rawatan 50 & 100 µM goniotalamin masing-masing. Rawatan goniotalamin 50 & 100 µM juga telah mengaruhkan penjanaan ROS mitokondria seawal 30 minit seperti yang ditentukan melalui asai MitoSOX. Ini membuktikan goniotalamin berpotensi sebagai perencat rantaian respirasi pada mitokondria. Corak peningkatan ROS mitokondria yang diperhatikan adalah setara dengan keterukan kerosakan DNA yang ditentukan melalui asai Komet Beralkali. Ini diikuti dengan peningkatan aktiviti enzim caspase-3 dalam kerosakan DNA serta mengesahkan kesan apoptotik goniotalamin pada sel RT4. Seterusnya, pada kepekatan rawatan IC50 berlaku pemecahan protein Seladin-1 dari 60 kDa ke subunit 20 kDa yang menggambarkan penglibatan Seladin-1 dalam apoptosis aruhan goniotalamin. Namun, Seladin-1 tidak terlibat dalam apoptosis awal yang diaruh seawal jam ke-4. Walau bagaimanapun, ekspresi protein p53 jenis liar didapati meningkat dengan meningkatnya masa rawatan dan mekanisme penstabilan ekspresi p53 didapati tidak bersandar ekspresi Seladin-1 dan mdm-2. Malah, ekspresi protein HIF1-α yang meningkat seawal 30 minit dan 1 jam menandakan keadaan hipoksia sebagai isyarat awal dalam apoptosis aruhan goniotalamin. HIF1-α menyumbang kepada pengumpulan p53 jenis liar melalui interaksi protein-protein. Secara kesimpulan, rawatan goniotalamin pada sel RT4 mengaruh keadaan hipoksia sebagai isyarat awal melalui peningkatan ekspresi HIF1-α, diikuti dengan peningkatan ROS mitokondria, kerosakan DNA, pengaktifan caspase-3 dan apoptosis berperantaraan p53 yang tidak bersandar ekspresi Seladin-1.,Ijazah Sarjana Sains Bioperubatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pundi kencing | - |
dc.subject | Sel kanser pundi kencing | - |
dc.subject | Sitotoksisiti | - |
dc.subject | Goniotalamin | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kajian mekanisme sitotoksisiti aruhan goniotalamin ke atas sel kanser pundi kencing RT4 | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 137 | - |
dc.identifier.callno | WJ504.H511k 2017 9 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84766+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.