Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460422
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRokiah Omar, Prof. Madya Datuk Dr.-
dc.contributor.authorLinsay Sundram Gnanasundram (P69723)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:20Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:20Z-
dc.date.issued2016-07-15-
dc.identifier.otherukmvital:84759-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460422-
dc.descriptionPresbiopia adalah kemerosotan daya penglihatan dekat yang berkaitan dengan usia. Ia adalah hasil daripada pengurangan akomodasi secara beransur-ansur dengan umur dan mengakibatkan pelbagai kesan ke atas kualiti penglihatan dan kualiti hidup. Keperluan dalam menjalankan aktiviti harian mendorong lebih ramai individu mencari penyelesaian untuk presbiopia. Pada masa ini, implantasi Inlay kornea telah mewujudkan satu tanda aras dalam intervensi presbiopia di dunia. Objektif kajian ini adalah untuk menilai status fungsi visual dan tahap kepuasan pesakit yang menjalani prosedur Inlay kornea bagi intervensi presbiopia. Kajian ini melibatkan tiga fasa. Fasa 1 merangkumi bahagian praprosedur Inlay kornea. Manakala fasa 2 ialah bahagian prosedur Inlay kornea. Fasa 3 ialah bahagian penilaian pasca-prosedur Inlay kornea. Reka bentuk kajian kajian yang digunakan adalah eksperimen prospektif. Sejumlah 30 orang subjek telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Nilai min umur subjek adalah 44.8 ± 2.6 tahun. Subjek kajian terdiri daripada 57% lelaki dan 43% adalah perempuan. Taburan etnik menunjukkan 83% subjek adalah dari keturunan Cina. Baki 17% subjek dari keturunan Melayu. Kajian ini membandingkan status fungsi visual dan tahap kepuasan prosedur sebelum dan selepas prosedur. Tahap korelasi juga dikaji diantara fungsi visual dengan tahap kepuasan pesakit. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan signifikan menggunakan ujian Repeated Measures ANOVA bagi penglihatan jauh (mata Inlay, p<0.001; binokular, p=0.001), penglihatan dekat (mata Inlay, p<0.001; binokular, p<0.001) dan penilaian mata kering bagi mata Inlay (Phenol Red Thread dan Tear Break- Up Time, p<0.001). Tiada perubahan signifikan didapati bagi kepekaan kontras (mata Inlay dan binokular, p=0.11). Bagi ujian stereopsis, keputusan signifikan diperolehi menggunakan ujian Friedman (p<0.001). Kajian juga mendapati kesemua subjek telah berpuas hati setelah menjalani prosedur. Kepuasan pesakit pasca-prosedur menunjukkan 100% subjek berpuas hati. Tahap kepuasan yang dilaporkan adalah 30% amat berpuas hati, 23.3% sangat berpuas hati, 36.7% sederhana berpuas hati dan 10% sedikit berpuas hati. Hasil kajian korelasi Spearman mendapati bahawa terdapat korelasi di antara fungsi visual dan tahap kepuasan pesakit selepas menjalani prosedur. Analisa menunjukkan tahap korelasi yang lemah diantara akuiti visual jauh (mata Inlay, rs=0.288; binokular, rs=-0.371), akuiti visual dekat (mata Inlay, rs=0.281; binokular, rs=0.381) serta akuiti kontras (binokular, rs=-0.228) dengan tahap kepuasan. Manakala korelasi yang sangat lemah didapati bagi akuiti kontras (mata Inlay, rs=-0.094), penilaian mata kering (Phenol Red Thread, rs=0.010; Tear Break Up Time, rs=0.194) dan stereopsis (rs=-0.183). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan prosedur Inlay kornea berupaya memberikan subjek presbiopia status fungsi visual yang baik dan kepuasan pada pesakit presbyopia.,Sarjana Sains Kesihatan (Optometri)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPresbiopia-
dc.subjectFungsi visual-
dc.subjectInlay kornea-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleStatus fungsi visual dan kepuasan pesakit presbiopia yang menjalani prosedur inlay kornea-
dc.typetheses-
dc.format.pages104-
dc.identifier.callnoWW20.L759s 2016 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84759+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.