Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460420
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbd. Hamid bin Abd. Aziz, Profesor Madya Dr.
dc.contributor.authorZuraida Binti Zubir (P42073)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:20Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:20Z-
dc.date.issued2004-12-16
dc.identifier.otherukmvital:84756
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460420-
dc.descriptionTujuan kajian ini ialah untuk menilai dan mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai HIV/AIDS, bagaimana persepsi mereka terhadap HIV/AIDS berdasarkan sub-komponen sikap dan tingkahlaku berisiko pelajar sekolah menengah berlatar belakang felda. Objekif utama kajian ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada pengetahuan, sikap dan kecenderungan tingkahlaku pelajar. Kajian yang berbentuk irisan lintang ini telah dilaksanakan dari Julai hingga Oktober 2008. Dua ratus enam (206) individu telah menjawab soal selidik berstruktur dan dijawab sendiri oleh responden. Analisis univariate, regresi logistik dan khi kuasa dua telah dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor kepada pengetahuan, sikap dan kecenderungan tingkahlaku. Keputusan kajian menunjukkan majoriti responden kurang pengetahuan mengenai medium sebaran virus HIV, tingkahlaku berisiko dan pencegahan HIV/AIDS, komponen sikap menunjukkan majoriti daripada responden (66.5%) mempunyai persepsi rentan terhadap HIV/AIDS jika terlibat dengan tingkahlaku berisiko, tidak mempunyai persepsi bahawa HIV/AIDS memberi impak yang serius terhadap kehidupan sosial (62.6%) tetapi mempunyai keyakinan tinggi bahawa mereka mampu menghindarkan diri dari terlibat dalam tingkahlaku berisiko HIV/AIDS (69.9%). Terdapat perbezaan yang signifikan diantara pengetahuan dan kombinasi taraf pendidikan bapa dan lokaliti tempat tinggal, p < 0.05 (p = 0.044, kesan saiz = 0.069, kekuatan kajian = 70.4%). Juga terdapat perbezaan yang signifikan diantara sikap dan kombinasi taraf pendidikan bapa dan lokaliti tempat tinggal dengan p < 0.05 (p = 0.030, kesan saiz =0.070, kekuatan kajian = 74.9%). Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan diantara pengetahuan dan kecenderungan tingkahlaku pada nilai p > 0.05 (X2 = 0.256, df = 1, p = 0.613). Ujian regresi logistik menunjukkan bahawa hanya jantina dan keyakinan diri untuk menghindari tingkahlaku berisiko HIV/AIDS memberi impak yang signifikan terhadap kecenderungan tingkahlaku pada p < 0.05 (Pearson chi-square = 0.301, R-Square = 0.235). Kesimpulan daripada kajian ialah tahap pengetahuan responden tentang HIV/AIDS masih rendah, keseluruhannya bersikap negatif terhadap risiko HIV/AIDS, terdapat hubungan yang signifikan diantara persepsi kerentanan dan keyakinan diri dengan kecenderugan tingkahlaku responden.,Sarjana Sains Kesihatan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectHIV
dc.subjectAIDS
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKajian pengetahuan, sikap dan tingkahlaku berisiko HIV/AIDS di kalangan pelajar tingkatan empat Sekolah Menegah Kebangsaan Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang
dc.typetheses
dc.format.pages70
dc.identifier.callnoWC503.Z96k 2008 9 tesis
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84756+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
245.21 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.