Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460411
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslee Rajikan, Dr.-
dc.contributor.authorNoor Mastura binti Mohamed Zakaria (P55572)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:16Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:16Z-
dc.date.issued2014-12-05-
dc.identifier.otherukmvital:83936-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460411-
dc.descriptionPeningkatan insiden kelahiran palsi serebral (CP) menuntut penyelidikan yang lebih mendalam bagi memperbaiki status pemakanan dan kemurungan ibu. Kajian hirisan lintang ini bertujuan untuk menentukan status pemakanan kanak-kanak dan remaja CP dan kaitannya dengan simptom kemurungan ibu. Seramai 153 subjek (68 perempuan, 85 lelaki) berusia di antara 2 hingga 15 tahun (min 8.93±3.52) dari 31 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat kanak-kanak spastik sekitar Kuala Lumpur, Muar dan Pulau Pinang telah dipilih menggunakan pensampelan mudah. Subjek telah dikategorikan berdasarkan sistem Klasifikasi Sistem Motor Kasar (GMFCS) (83 ambulatori, 70 terlantar). Pengumpulan data melibatkan pengukuran antropometri dan rekod pengambilan makanan 3 hari yang diisi oleh ibu subjek. Borang Senarai Semak Saringan Pemakanan Untuk Ibu Bapa Dengan Anak Berkeperluan Khas digunakan bagi menilai masalah penyuapan dan tingkahlaku subjek serta simptom kemurungan dinilai menggunakan borang Centre of Epidemiologic Studies Depression Scale (CES-D). Berat dan tinggi lutut subjek dibandingkan dengan carta pertumbuhan Brooks manakala lipatan kulit trisep dan ukur lilit pertengahan lengan atas (MUAC) subjek dibandingkan dengan rujukan Frisancho. Kurang berat badan (14.8%) adalah lebih ketara di kalangan subjek ambulatori berbanding terlantar (13.8%). Manakala lebih ramai subjek terlantar mengalami kesusutan (36.9%) dan lipatan kulit trisep yang lebih rendah (33.3%) berbanding subjek ambulatori (kesusutan 29.5%, lipatan kulit trisep 25.5%). Namun begitu, purata peratusan pengambilan tenaga menepati keperluan subjek bagi kedua-dua kumpulan dengan 68% subjek didapati terlebih lapor pengambilan makanan mereka, terutamanya subjek terlantar (37.9%).Walaubagaimanapun, 61% subjek didapati mempunyai masalah penyuapan terutamanya di kalangan subjek terlantar (72.9%) berbanding subjek ambulatori (50.6%) [(χ2=7.890),p<0.05]. Masalah menelan (44.3%) dan tercekik atau tersedak (34.3%) adalah lebih kerap dilaporkan secara signifikan oleh subjek terlantar berbanding subjek ambulatori (menelan 20.5%, tercekik/tersedak 15.7%) [χ²tercekik/tersedak (2) =7.183, p<0.01; χ² menelan menelan menelan menelan menelan menelan menelan (2)= 9.994, p<0.01] (2)= 9.994, p<0.01] (2)= 9.994, p<0.01] (2)= 9.994, p<0.01] (2)= 9.994, p<0.01] (2)= 9.994, p<0.01] . Subjek yang mempunyai masalah penyuapan didapati mempunyai berat badan, ketinggian, Indeks Jisim Tubuh (IJT), ketebalan lipatan kulit trisep dan MUAC yang lebih rendah berbanding subjek yang tidak mempunyai masalah penyuapan (p<0.05 bagi kesemua parameter). Hampir ¾ ibu menunjukkan simptom kemurungan (71.4%) dimana suri rumah (χ²(1)=3.855, p<0.05) serta keluarga dengan jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM3500 (χ²(1)=6.870, p<0.05) berkait secara signifikan dengan tahap kemurungan ibu. Kesimpulannya, kehadiran masalah penyuapan dalam kalangan subjek CP berkait dengan pertumbuhan mereka secara signifikan, manakala jenis pekerjaan ibu serta jumlah pendapatan isi rumah berkait dengan simptom kemurungan ibu. Oleh yang demikian, wujud keperluan untuk mengendalikan masalah penyuapan subjek bagi meningkatkan status pemakanan individu CP serta menangani isu kemurungan dalam kalangan ibu-ibu mereka.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Pemakanan)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPalsi serebral-
dc.subjectStatus pemakanan-
dc.subjectKemurungan-
dc.subjectAnak berkeperluan khas-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleStatus pemakanan dan masalah penyuapan kanak-kanak dan remaja palsi serebral serta kaitannya dengan simptom kemurungan ibu.-
dc.typetheses-
dc.format.pages238-
dc.identifier.callnoWS342.N81814s 2014 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83936+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
198.73 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.