Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460410
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Haniza binti Abdul Wahat, Dr. | |
dc.contributor.author | Roshila Bujang (P62769) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:15Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:15Z | - |
dc.date.issued | 2014-07-11 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83933 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460410 | - |
dc.description | Implan koklea merupakan alat yang digunakan dalam pemulihan pendengaran yang sangat berkesan serta terbukti dapat mengembalikan kebolehan bertutur di kalangan mereka yang bermasalah pendengaran pada tahap sangat teruk di kedua-dua belah telinga. Pemakaian alat implan koklea ini perlu melalui proses memasukkan elektrod ke dalam koklea untuk merangsang saraf auditori. Objektif kajian ini adalah untuk menilai fungsi vestibular dan keseimbangan di kalangan pengguna implan koklea dewasa menggunakan ujian Cervical Vestibular Evoked Myogenic Potential (cVEMP), ujian kalorik dan ujian BRUTM Posturografi. Seramai 15 orang subjek implan koklea dewasa dari program Implan Koklea Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan program Implan Koklea Pusat Perubatan UKM (PPUKM) serta 15 orang subjek kawalan sepadan umur terlibat dalam kajian ini. Subjek implan koklea dan subjek kawalan telah menjalani ujian pra-penilaian iaitu pemeriksaan otoskopi, ujian audiometri nada tulen (PTA) dan ujian timpanometri. Individu yang memenuhi kriteria pemilihan subjek berdasarkan keputusan ujian pra-penilaian yang telah ditetapkan telah menjalani ujian penilaian fungsi vestibular iaitu ujian cVEMP, Videonistagmografi (VNG), kalorik dan ujian BRUTM Posturografi. Hasil kajian mendapati tidak wujud perbezaan signifikan di antara subjek implan koklea dan subjek kawalan bagi nilai latensi puncak P1 dan N1 gelombang cVEMP (p = 0:866 dan p = 0:499). Walau bagaimanapun wujud perbezaan yang signifikan di antara subjek implan koklea dan subjek kawalan bagi amplitud puncak P1, N1 dan puncak ke puncak P1-N1 (p < 0:05) serta nilai nisbah ketidaksimetrian amplitud (AR) (p < 0:05). Bagi ujian kalorik, keputusan menunjukkan tidak wujud perbezaan signifikan di antara subjek implan koklea dan subjek kawalan bagi semua parameter ujian (p > 0:05). Penilaian keseimbangan berdasarkan ujian BRUTM Posturografi mendapati wujud perbezaan yang signifikan di antara subjek implan koklea dan subjek kawalan untuk parameter pusat tekanan dan halaju ayunan bagi situasi berdiri di atas tilam dan menutup mata (p < 0:05). Berdasarkan ujian korelasi Pearson, tidak wujud hubungan yang signifikan di antara pusat tekanan dan halaju ayunan dengan amplitud puncak ke puncak P1-N1 (r = 0:52, p = 0:08 dan r = 0:31, p = 0:52). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan subjek implan koklea mempunyai penurunan fungsi salah satu organ otolit iaitu sakul serta mengalami masalah kawalan postur apabila hanya bergantung kepada input dari sistem vestibular.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Implan koklea | |
dc.subject | Saraf auditori | |
dc.subject | Cervical Vestibular Evoked Myogenic Potential (cVEMP) | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penilaian fungsi vestibular dan keseimbangan dalam kalangan pengguna implan koklea dewasa | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 139 | |
dc.identifier.callno | WV274.R818p 2014 9 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83933+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 159.58 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.