Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460409
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBaharuddin bin Omar, Prof. Dr. Hj.
dc.contributor.authorMohd Faizal bin Rosli (P42162)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:15Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:15Z-
dc.date.issued2008-12-16
dc.identifier.otherukmvital:83932
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460409-
dc.descriptionPrevalen penyakit yang disebabkan oleh pemakanan telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke setahun. Situasi ini menyebabkan perlabelan khasiat makanan menjadi aspek yang penting dalam membantu pilihan diet yang sihat. Praktikal diet yang seimbang memerlukan kesedaran dan kefahaman mengenai label khasiat pemakanan selaras dengan Kempen Cara Hidup Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian perintis ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan kegunaan label khasiat pemakanan dalam masyarakat Kangar di Perlis. Pengumpulan data melalui proses temuramah melibatkan 389 orang responden yang bertanggungjawab membeli produk makanan terbungkus secara kerap. Empat puluh dua peratus daripada responden adalah suri rumah tangga. Majoriti responden (56 peratus) mendapat pendidikan sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan yang baik belum cukup untuk mempengaruhi masyarakat untuk membaca label khasiat pemakanan dengan nilai p < 0.05. Tahap pendidikan memberi kesan yang signifikan terhadap amalam membaca label khasiat pemakanan dengan nilai p < 0.05 pada kekuatan kajian melebihi 80 peratus. Hubungan pembolehubah jantina, status perbandaran, pendapatan dan pekerjaan juga memberi kesan terhadap amalan apabila golongan yang tidak bekerja di Bandar dan luar Bandar mempunyai skor amalan yang rendah pada nilai p < 0.05 dengan kekuatan kajian 79.7 peratus. Berdasarkan Model Kepercayaan Kesihatan, subjek menunjukkan sikap yang baik melebihi 80 peratus terhadap label khasiat pemakanan dalam domain persepsi faedah, persepsi kerentanan dan petunjuk kepada tindakan. Namun begitu, responden mempunyai halangan dari segi tekanan masa, kesukaran membaca label dan sebanyak 59 peratus bersetuju label khasiat pemakanan hanya perlu dibaca pada pembelian kali pertama sahaja. Kefahaman masyarakat masih di tahap yang rendah apabila 78.1 peratus (304) responden tidak dapat membezakan elemen perlabelan makanan dengan perlabelan khasiat pemakanan. Antara maklumat yang menjadi keutamaan responden adalah tarikh luput dan harga (>50%) manakala pembacaan label khasiat pemakanan adalah gula (33.4%) dan lemak (24.7%). Ini disebabkan label khasiat pemakanan ini didakwa sukar difahami 84.3 peratus dan tiada masa 91 peratus. Kajian ini menunjukkan hanya tujuh orang responden yang membaca kesemua elemen wajib (lima) pada label khasiat pemakanan iaitu tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan gula. Daripada jumlah ini, 86 peratus adalah subjek kawasan bandar dan berbangsa melayu. Selain itu 71 peratus adalah golongan lelaki yang berumur 25 hingga 49. Kesemua tujuh orang subjek mendapat pendidikan tinggi dan berpendapatan RM 2000 ke atas. Kesimpulan, hanya 21.9 peratus responden yang membaca secara tepat elemen label khasiat pemakanan. Ini memerlukan kerjasama pihak kerajaan, syarikat pengeluar makanan dan pihak swasta yang perlu memberi penekanan dalam menggalakkan masyarakat membaca label khasiat pemakanan dengan menyediakan persekitaran yang sihat seperti menawarkan label khasiat pemakanan yang mudah, menarik dan kreatif. Kempen kesedaran amat penting pada tahap ini yang perlu untuk menarik perhatian masyarakat untuk mengenali label khasiat pemakanan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectDiet
dc.subjectKhasiat pemakanan
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKefahaman label khasiat pemakanan makanan sedia terbungkus dalam kalangan masyarakat Kangar Perlis
dc.typetheses
dc.format.pages100
dc.identifier.callnoTP374.M697k 2008 9
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83932+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
201.33 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.