Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460404
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSharanjeet Kaur, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorIndira a/p Madhavan (P60346)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:13Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:13Z-
dc.date.issued2014-09-01-
dc.identifier.otherukmvital:83928-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460404-
dc.descriptionKesan kesesakan (crowding effect) merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kesukaran semasa membaca di kalangan kanak-kanak disleksia. Kajian ini bertujuan mengkaji kesan peningkatan jarak antara huruf, perkataan dan baris terhadap prestasi membaca dan pergerakan mata di kalangan kanak-kanak disleksia untuk memperoleh tetapan tipografi buku teks sekolah yang optimum. Prestasi membaca ditentukan dengan tempoh masa membaca dan kadar membaca manakala pergerakan mata pula dengan tempoh fiksasi, amplitud sakad, bilangan fiksasi dan regresi serta corak graf pergerakan mata. Peringkat pertama kajian terbahagi kepada empat eksperimen. Dalam Eksperimen Satu hingga Tiga, jarak optimum antara huruf, perkataan dan baris yang meningkatkan prestasi membaca ditentukan. Dalam Eksperimen Empat, prestasi membaca dibandingkan antara teks jarak piawai dan teks jarak optimum. Teks jarak optimum dibentuk menggunakan jarak optimum yang ditentukan daripada Eksperimen Satu hingga Tiga manakala teks jarak piawai menggunakan jarak seperti dalam buku teks sekolah. Jarak teks piawai antara huruf, perkataan dan baris dalam buku teks adalah 0.15°, 0.46° dan 0.61°, masing-masing. Seramai 20 orang pelajar disleksia yang disaring berpenglihatan normal (purata umur 8.10+0.78 tahun) dipilih secara rawak bagi kajian peringkat pertama. Peringkat kedua kajian menilai pergerakan mata sepuluh orang subjek. Keputusan menunjukkan bahawa tempoh masa membaca adalah minimum dan kadar membaca adalah maksimum pada jarak 0.46° (p<0.0001), 1.14° (p<0.0001) dan 1.21° (p<0.0001) bagi jarak antara huruf, perkataan dan baris, masing-masing. Subjek menunjukkan penurunan yang signifikan (p<0.0001) dalam tempoh masa membaca dan peningkatan yang signifikan (p<0.0001) dalam kadar membaca semasa membaca teks jarak optimum berbanding dengan teks jarak piawai. Penilaian pergerakan mata menunjukkan tempoh fiksasi mata pendek (p<0.05) dan amplitud sakad panjang (p<0.0001) semasa membaca teks jarak optimum berbanding dengan teks jarak piawai. Bilangan fiksasi dan regresi pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan semasa membaca kedua-dua teks tersebut (p>0.05). Corak graf pergerakan mata pula tidak teratur dan tidak menentu semasa membaca kedua-dua teks. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa peningkatan jarak antara huruf, perkataan dan baris meningkatkan prestasi membaca tetapi ini tidak disokong oleh keputusan ujian pergerakan mata di kalangan kanak-kanak disleksia. Kesimpulannya, pengaplikasian nilai jarak optimum ini dalam tetapan tipografi buku teks sekolah adalah agak terkehadapan. Kajian lanjut perlu dijalankan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKesan kesesakan-
dc.subjectDisleksia-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan kesesakan (Crowding effect) terhadap prestasi membaca dan pergerakan mata di kalangan kanak-kanak disleksia di Lembah Klang-
dc.typetheses-
dc.format.pages139-
dc.identifier.callnoWL340.6.I399k 2014 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83928+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
771.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.