Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460403
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruzita Abd. Talib, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Noraini Kosnon (P43491) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:13Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:13Z | - |
dc.date.issued | 2014-08-25 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83927 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460403 | - |
dc.description | Kajian eksperimental bersilang ini dijalankan untuk menentukan kandungan amilosa dan respons glukosa darah serta nilai Indeks Glisemik (GI) 12 jenis beras yang boleh diperolehi dalam pasaran Malaysia. Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa analisis kandungan nutrien, amilosa dan amilopektin beras kajian serta fasa penentuan nilai GI. Kandungan nutrien ditentukan melalui kaedah analisis proksimat manakala kandungan amilosa dan amilopektin masing-masing diuji dengan kaedah Iodine Kolorimetri dan kaedah perbezaan. Penentuan nilai GI pula dijalankan menggunakan kaedah piawai Australia. Seramai 14 individu sihat (6 lelaki, 8 perempuan; Indeks Jisim Tubuh 20.5 ± 1.8 kgm-2; umur 22.9 ± 1.0 tahun) terlibat dalam kajian ini. 12 jenis beras yang diuji adalah variasi beras putih (MRQ50, MR84, MRQ76), Pulut Siding, variasi beras merah (YTM 10 and YTM 16) dan 6 beras komersial iaitu Beras Putih Tempatan A (BPT A), Beras Putih Tempatan B (BPT B), Beras Putih Import (BPI), Beras Wangi (BW), Beras Perang (BPR) and Beras Basmati (BB). Glukosa telah digunakan sebagai makanan ujian dalam kajian ini. Glukosa darah kapilari diambil sebelum (0min) dan 15, 30, 45, 60, 90 dan 120min sejurus selepas pengambilan makanan ujian. Berdasarkan respon glukosa darah yang diperolehi, nilai incremental area under curve (iAUC) ditentukan untuk mengira nilai GI. Hipotesis kajian ini adalah semakin tinggi kandungan amilosa, semakin rendah nilai GI sesuatu beras manakala semakin tinggi kandungan amilopektin, semakin tinggi nilai GI beras tersebut. Hasil kajian mendapati nilai GI makanan ujian dalam turutan menurun adalah Pulut Siding (91 ± 5.6), YTM10 (80 ± 9.1), MRQ50 (77 ± 9.3), YTM16 (75 ± 5.6), BPR, (75 ± 10.7), Q76 (74 ± 9.6), BPT A, (71 ± 7.6), BW, (69 ± 5.8), BPI, (69 ± 3.9), MR84 (64 ± 5.9), BPT B, (62 ± 7.9) dan BB (62 ± 6.5). Daripada 12 jenis beras yang diuji, 5 daripadanya (BW, BPI, MR84, BPT B and BB) dikategorikan sebagai beras nilai GI sederhana manakala selebihnya dikategorikan sebagai beras nilai GI tinggi (Pulut Siding, YTM10, MRQ50, YTM16, BPR, Q76 and BPT A). Kandungan amilosa dalam turutan menurun adalah BPT B (28.1 ± 0.3), MR84 (27.0 ± 0.1), BPT A(25.6 ± 0.1), BB (24.8 ± 0.1), MRQ50 (23.7 ± 1.8), BPI (18.0 ± 0.2), BPR (15.4 ± 1.2), BW (15.0 ± 0.1), Q76 (14.9 ± 1.3), YTM10 (14.4 ± 0.9), YTM16 (11.3 ± 0.6) dan Pulut Siding (4.1 ± 0.1). Kandungan amilopektin yang diperolehi adalah Pulut Siding (95.9 ± 1.5), YTM16 (88.7 ± 0.6), YTM10 (85.6 ± 0.9), Q76 (85.1 ± 1.3), BW (85.0 ± 0.7), BPR (84.6 ± 1.2), BPI (82.0 ± 0.2), MRQ50 (76.3 ± 1.8), BB (75.3 ± 0.7), BPT A (74.4 ± 0.1), MR84 (73.0 ± 0) dan BPT B (71.9 ± 0.3). Ujian korelasi antara kandungan amilosa dengan nilai GI yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan korelasi negatif yang signifikan antara kandungan amilosa dan nilai GI makanan ujian (r = -0.762, p<0.05). Korelasi positif pula diperolehi antara kandungan amilopektin dengan nilai GI makanan ujian (r = 0.800, p<0.01). Hasil kajian menunjukkan bahawa semakin tinggi kandungan amilosa makanan, semakin rendah nilai GI beras tersebut manakala semakin tinggi kandungan amilopektin, semakin tinggi nilai GI beras tersebut. Secara keseluruhannya, nasi BW, BPI, MR84, BPT B and BB merupakan pilihan alternatif untuk pesakit diabetes dan rakyat Malaysia keseluruhannya disebabkan oleh penghasilan respons glukosa darah yang lebih rendah dan stabil untuk pengekalan tahap kesihatan yang optimum.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Indeks glisemik | - |
dc.subject | Beras | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penentuan indeks glisemik dua belas jenis beras di Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 153 | - |
dc.identifier.callno | WB431.N8230p 2014 9 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83927+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 348.65 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_83927+Source02+Source020.PDF Restricted Access | 348.65 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.