Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460391
Title: Penilaian bioaktiviti dan faktor yang mengaruh peningkatan penghasilan metabolit sekunder pada fungus endofit
Authors: Saw Chee Wei (P53361)
Supervisor: Jacinta Santhanam, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Fungus endofit
Metabolit fungus endofit
Issue Date: 31-Mar-2012
Description: Fungus endofit memberikan perlindungan kepada tumbuhan perumah terhadap pencerobohan patogen. Fungus endofit merupakan sumber kompaun dadah yang berpotensi untuk menghasilkan pelbagai metabolit sekunder yang bioaktif. Objektif kajian ini adalah untuk menilai aktiviti antimikrob dan kesan sitotoksisiti kompaun metabolit fungus endofit serta mengkaji keadaan optimum pertumbuhan untuk mempertingkatkan penghasilan metabolit sekunder oleh fungus. Ekstrak kasar enam isolat fungus endofit diperoleh melalui pengekstraksan etil asetat kultur kaldu fungus. Nilai kepekatan perencatan separa (IC50) ekstrak terhadap patogen bakteria dan fungus serta kesan sitotoksik terhadap sel selanjar hepar Chang dan HepG2 ditentukan melalui Asai Kolorimetrik MTT. Fraksi ekstrak kasar diperoleh melalui Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (HPLC) juga dinilai untuk kesan antimikrob dan sitotoksik. Bagi dua isolat fungus CB-007 dan RP-3 yang menghasilkan kompaun antimikrobial, suspensi spora diinokulasikan pada sistem BIOLOG Phenotype MicroArray untuk menentukan kadar respirasi dan pertumbuhan fungus endofit pada keadaan substrat berbeza. Profil penghasilan metabolit oleh fungus ditentukan melalui HPLC. Antara enam ekstrak fungus yang dikaji, ekstrak CuL-007 menunjukkan kesan antimikrob dan sitotoksik yang tinggi dan merencat Staphylococcus aureus pada nilai IC50 10 μg/ml. Manakala kedua-dua sel selanjar direncat pada julat nilai IC50 daripada 10 sehingga 45 μg/ml. Ekstrak SG(WA)-004 pula menunjukkan perencatan terhadap sel selanjar HepG2 (IC50 165 μg/ml). Fraksi ekstrak CuL-007 (terdiri daripada empat fraksi aktif) dan CB-007 (terdiri daripada satu fraksi aktif) merencat fungus Candida albicans. Manakala fraksi ekstrak SG(WA)-004 (terdiri daripada lima fraksi aktif) menunjukkan peratus perencatan pada sel selanjar HepG2. Metabolit hasilan CB-007 bersifat tidak toksik kepada kedua-dua sel selanjar dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai dadah antifungus. Berdasarkan analisis penggunaan substrat, isolat CB-007 dan RP-3 didapati menggunakan substrat yang berbeza pada masa inkubasi yang berlainan. Daripada profil HPLC, didapati CB-007 memerlukan sumber nitrogen, seperti asid quinik manakala RP-3 memerlukan sumber karbon seperti gliserol untuk menghasilkan metabolit sekunder pada kadar yang lebih tinggi. Kesimpulannya, fungus endofit mampu menghasilkan pelbagai metabolit sekunder bioaktif yang bersifat antimikrobial dan sitotoksik. Penghasilan metabolit sekunder oleh fungus endofit dapat dimanipulasi dengan penggunaan sumber substrat yang tertentu.,Sarjana
Pages: 140
Call Number: SB733 .S271p 2012 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81846+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.