Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460390
Title: | Komuniti fungus dari tanah hutan sekunder yang berasosiasi dengan pereputan karkus |
Authors: | Farhana Nadiah Abd Ghani (P78517) |
Supervisor: | Jacinta Santhanam, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Mycobiome Soil Fungi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Sep-2022 |
Description: | Mikologi boleh digunakan di dalam penyiasatan forensik dengan membekalkan bukti surih untuk mengenalpasti julat masa pasca mortem dan mengesan bahan psikoaktif. Fungus telah dibuktikan berupaya menyerap produk pereputan di mana karkus yang mereput mengeluarkan bahan organik seperti nitrogen yang digunakan oleh fungus saprofitik. Kehadiran fungus yang spesifik pada setiap fasa pereputan (kembung, putrefikasi dan rangka) dapat digunakan untuk pemetaan komuniti fungus yang penting dari segi forensik. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti spesis fungus yang hadir di dalam tanah, corak pertumbuhan fungus akibat proses pereputan dan untuk membezakan fungus amonia dan bukan amonia yang boleh digunakan sebagai penanda forensik. Suatu kajian rintis dilakukan menggunakan hati lembu untuk mengesan perubahan komuniti fungus akibat pereputan diikuti dengan penggunaan empat karkus arnab dan satu kawalan. Suhu, taburan hujan, kelajuan angin dan kelembapan tapak direkod. Sampel tanah yang berada di bawah sumber pereputan dan kawalan diambil pada hari 0, 7, 14, 21 dan 28 setelah karkus arnab diletakkan di tapak pilihan hutan sekunder di UKM Bangi. Sampel tanah yang dicairkan secara bersiri diinokulasi di atas agar dekstrosa kentang dan diinkubasi pada suhu bilik. Koloni fungus yang tubuh diperhatikan kadar pertumbuhan, topografi, teskstur dan pigmentasi selain morfologi mikroskopik fungus dan dikategorikan. Fungus dicirikan untuk asimilasi nitrogen dan pencilan fungus yang berkepentingan dikenalpasti secara keadah molekul. Mikobiota yang diperolehi dari tapak pereputan karkus berbeza dengan mikobiota dari tapak kawalan. Mikobiota diperoleh dari tapak pereputan karkus menunjukkan lebih banyak spesis dari tapak kawalan. Terdapat juga perubahan yang spesifik bergantung pada julat masa dalam profil mikobiota; lebih banyak spesis fungus yang wujud bermula pada hari ke14 jika dibandingkan dengan fasa awal. Sebanyak 12 morfotip fungus diperoleh dari tapak kawalan dan 29 morfotip dari tapak pereputan pada setiap julat masa. Pada fasa pereputan awal, fungus tanah termasuk fungus berspora diperhatikan wujud. Fungus yang berasimilasi nitrogen diperhatikan hadir pada fasa pereputan lewat. Hasil yang diperolehi menujukkan corak sesaran pertumbuhan fungus yang menunjukkan peningkatan bilangan morfotip fungus dengan tempoh masa proses pereputan. Identiti molekul spesis yang kerap dijumpai pada setiap lokasi termasuklah Aspergillus aculeatus dan Galactomyctes candidus di mana kedua-duanya adalah fungus berspora. Identiti molekul spesis yang unik kepada lokasi pereputan antaranya adalah Geotrichum candidum, iaitu spesis yang sering dijumpai pada saluran penghadaman haiwan yang ditemui bermula pada hari ke 14 pada lokasi pereputan dan Mucor irregularis, spesis fungus saprobik yang terlibat dengan memecahkan bahan organik dari tumbuhan dan haiwan. Kehadiran spesis fungus yang unik pada fasa pereputan dapat memberikan maklumat forensik selain membolehkan pemetaan julat masa dan berfungsi sebagai spesis penanda. Penggunaan kit dan protokol persampelan yang piawai juga dapat membantu proses persampelan tanah untuk kegunaan forensik. Kajian julung kali sebegini di Malaysia harus mendorong kajian lanjut forensik untuk mengembangkan lagi penggunaan mikologi dalam penyiasatan forensik,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan) |
Pages: | 101 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130881+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.