Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460388
Title: | Kesan pterostilbene terhadap kitaran sel dan apoptosis dalam model karsinoma sel skuamus paru-paru mencit |
Authors: | Omchit Surien (P97616) |
Supervisor: | Siti Fathiah Masre, Dr |
Keywords: | Carcinoma Squamous Cell Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 10-Feb-2020 |
Description: | Kanser paru-paru mempunyai kadar kematian yang tinggi dan karsinoma sel skuamus (SCC) paru-paru adalah salah satu jenis kanser paru-paru yang biasa. Abnormaliti pada kitaran sel dan tapak jalan p53 adalah patogenesis kepada SCC. Semasa pembentukan kanser, p53 bertindak sebagai protein perencat tumor yang merencatkan kitaran sel dan mengaruhkan apoptosis. Pencegahan kanser adalah satu alternatif untuk mengurangkan beban kos rawatan. Pterostilbene (PS) adalah sebatian semula jadi yang mempunyai pelbagai aktiviti farmakologi seperti antiproliferasi, anti-inflamasi, dan antioksidan. Kesan PS terhadap kitaran sel dan tapak jalan p53 di dalam model mencit SCC paru-paru masih belum diterokai lagi. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan PS terhadap kitaran sel dan tapak jalan p53 dalam menghalang patogenesis SCC paru-paru menggunakan model mencit. Sebanyak 24 ekor mencit Balb/c betina yang berumur 7 minggu telah dibahagikan secara rawak kepada 4 kumpulan (n=6), iaitu dua kumpulan kawalan: kumpulan aruhan SCC paru-paru menggunakan N-nitrosotrischloroethylurea (NTCU) dan kumpulan kawalan agen pengangkut (VC); dan dua kumpulan rawatan PS: dos rendah 10 mg/kg PS + NTCU (PS10) dan dos tinggi 50 mg/kg PS + NTCU (PS50). Kesemua paru-paru diambil pada minggu ke-26 untuk analisis histopatologi dan ketebalan lapisan epitelium daripada pewarnaan hematoksilin dan eosin (H&E) dan juga pewarnaan immunohistokimia (IHC) untuk antibodi sitokeratin 5/6 sebagai penanda kepada SCC. Ekspresi protein penanda kepada aktiviti proliferasi (Ki-67), apoptosis (caspase-3), dan kitaran sel (siklin E2) dinilai dengan menggunakan IHC. Pemblotan Western digunakan untuk menentukan ekspresi protein penanda kepada kitaran sel, iaitu siklin D1 dan p27; dan p53 dan protein perantaraannya, iaitu p21. Analisis histopatologi paru-paru dengan pewarnaan H&E menunjukkan PS50 mengekalkan ciri-ciri lapisan epitelium bronkial yang normal sama seperti pemerhatian untuk VC. PS10 mampu melambatkan proses patogenesis SCC paru-paru dengan hanya pembentukan hiperplasia ringan pada lapisan bronkial epitelium. Berbeza dengan NTCU yang menunjukkan ciri-ciri SCC seperti pembentukan keratin pearls dan peningkatan nisbah sitoplasma/nuklues (N:C) pada lapisan bronkial epitelium. Kedua-dua, PS10 (6.92±0.78 m) dan PS50 (3.75±0.41 µm) menurunkan ketebalan lapisan epitelium bronkial secara signifikan berbanding dengan NTCU (23.99±2.58 µm) (p<0.05). Ekspresi sitokeratin 5/6 juga tinggi bagi NTCU dibandingkan dengan VC, PS10, dan PS50. Aktiviti proliferasi menurun secara signifikan pada PS10 (32.61±2.74%) dan PS50 (20.98±3.51%) berbanding dengan NTCU (48.29±2.37%) (p<0.05). Aktiviti apoptosis pula meningkat secara signifikan pada PS10 (9.78±0.97%) dan PS50 (31.84±2.03%) berbanding dengan NTCU (3.49±0.37%) (p<0.05). Terdapat penurunan yang signifikan bagi ekspresi protein siklin D1 di antara PS10 dan PS50 berbanding dengan NTCU (p<0.05). Terdapat penurunan ekspresi protein siklin E2 dalam PS 10 dan PS 50 berbanding NTCU. Rawatan PS juga menurunkan ekspresi protein p27, dengan penurunan yang signifikan di antara PS 50 berbanding dengan NTCU (p<0.05). Bagi ekspresi protein p53 dan p21, terdapat peningkatan yang signifikan dalam PS 50 berbanding dengan NTCU (p<0.05). Kesimpulannya, PS mampu menghalang pembentukan SCC paru-paru dalam model mencit dengan mengaruhkan perencatan kitaran sel melalui penurunan ekspresi siklin D1 dan E2 dan juga peningkatan ekspresi protein p53, p21, dan p27 yang menyebabkan penurunkan aktiviti proliferasi (Ki-67) dan peningkatkan aktiviti apoptosis (caspase-3 aktif).,Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan) |
Pages: | 153 |
Call Number: | 9 Tesis Cd QZ365. O54k 2020 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130084+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.